Anderson Boleh Jadi Pemain Terbaik Dunia Jika Dia Tidak Mencintai McDonald

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rafael telah mendedahkan bahawa Anderson Luís de Abreu Oliveira boleh menjadi pemain terbaik dunia jika dia tidak mencintai restoran makanan segera McDonald.

Anderson tiba di Old Trafford dari Porto pada 2007 dan dilihat sebagai salah satu bakat paling menjanjikan di dunia dan masa depan bola sepak dunia dan Brazil.

Dia akan menghabiskan tempoh lapan tahun di England dan memenangi empat kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, walaupun dibelenggu dengan masalah kecergasannya.

Bekas rakan sepasukan Anderson, Rafael telah mendedahkan dalam autobiografi bersama dengan saudara kembarnya, Fabio dengan tepat mengapa rakan senegaranya itu tidak pernah mencapai potensinya.

Sebagai pemain profesional aspek pemakanan adalah sangat penting dan perkara itulah tidak dijaga oleh Andeson.

“Kami boleh menjadi pemain pilihan jurulatih dan berjaya menjalankan peranan dengan baik dan Anderson akan melompat secara riang dan menjerit ‘McDonald’s, McDonald’s’,” jelas bekas pemain Istanbul Basaksehir dan Lyon itu.

“Anderson memang gila, tetapi saya sayangkan dia. Beri dia bola sepak dan dia akan bermain dengan bebas dan kadangkala, jika dia mendapat permainan yang baik, dia boleh bermain seperti mana-mana pemain dalam liga.”

“Dia mengalami banyak kecederaan besar dan kemudian masalahnya dengan cara makan mula memberi kesan kepadanya.”

Menurut Rafael lagi, Anderson akan berada di prestasi yang terbaiknya jika bermain banyak perlawanan kerana dia tidak boleh makan dengan banyak.

“Bukan kebetulan prestasi terbaiknya datang ketika dia mempunyai banyak perlawanan kerana ketika itu dia tidak boleh makan terlalu banyak.”

“Saya akan katakan sesuatu tentang Anderson – jika dia seorang pemain bola sepak profesional, dia boleh menjadi yang terbaik di dunia.”

“Saya katakan ini kepada dengan serius. Saya tidak tahu sama ada dia pernah mengambil sesuatu yang serius. Dia hanya menyukai kehidupan dengan cara yang mudah dan santai.”

Predator mengejar mangsanya. Aummm

Anderson meninggalkan United pada 2015 untuk kelab Brazil, Internacional sebelum berpindah ke Adana Demirspor pada 2018. Andeson bersara tiga tahun lalu dan menyertai pasukan Turki sebagai penolong pengurus mereka.

Bekas rakan sepasukan Red Devils, Michael Owen nampaknya bersetuju dengan analisis Rafael dan sebelum ini menyifatkan Anderson sebagai ‘terlalu santai’.

“Tanpa bersikap terlalu umum, dia akan mempunyai sikap Brazil itu. Dia seorang lelaki yang agak santai. Mungkin kadang-kadang terlalu santai.

“Dia suka berada di luar sana dengan bola di kakinya tetapi dia tidak peduli tentang bebanan, atau apa pun sebenarnya. Dia kembali daripada kecederaan selalunya melalui satu proses yang perlahan.

“Dia seorang pemain yang sangat bagus tetapi jika dia mempunyai mentaliti yang didorong ke arah itu, dia boleh menjadi hebat.”

Berapa pemain yang anda kenal dalam 50 orang ini? Aaron Niguez nombor 33.

Anderson merupakan Wonderkid yang dibeli oleh Manchester United dari kelab Portugal iatu Porto. Pak Alex pada ketika itu bernafsu besar dalam membeli pemain muda yang berpotensi tinggi.

Pemain muda Brazil yang bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Pak Alex gagal mencapai potensinya lantaran masalah tidak menjadi profesional sepenuh dalam bab pemakanan.

Salah seorang wonderkid yang paling gagal dalam sejarah bola sepak. Selain trademarknya berambut panjang umpama Predator yang garang, namun lembik apabila bermain. Tak garang macam rambutnya.

Rupanya banyak juga pembelian Pak Alex ni gagal. Kleberson, Eric Djemba-Djemba, Bebe, Dang Fangzhou dan ramai lagi. Lagi-lagi nama macam Djemba-Djemba tu. Nak main bolo ke nak berjimba-jimba.

Baca Juga

Baca Juga