Andrea Dovizioso Muncul Juara Hafizh Syahrin Terus Mengutip Mata

Pelumba MotoGP negara yang beraksi bersama Monster Yamaha Tech 3 telah menghasilkan keputusan terbaik sejak menjadi pelumba MotoGP dalam sesi latihan apabila berada dikedudukan ke-4 terpantas selepas digabung masa sesi latihan FP1 dan FP2.

Hafizh melakukannya dalam alam sesi latihan di perlumbaan Monster Energy Grand Prix České republiky, Masaryk circuit, Automotodrom Brno dan beliau nyata tidak percaya dengan aksi yang dipamerkan.

Namun nasib tidak menyebelahi Hafizh apabila terjatuh pada FP3 sekaligus gagal meraih kelebihan di sesi kelayakan dan memulakan perlumbaan di petak ke-16.

El Pescao bermula dari petak ke-16 dan ketika perlumbaan berbaki 20 pusingan Hafizh berada di tempat ke-13 sebelum dipotong untuk berada di kedudukan ke-14.

Andrea Dovizioso muncul juara di Litar Brno diikuti Jorge Lorenzo. Kedudukan satu dua milik pasukan Ducati, Marq Marquez menamatkan perlumbaan ditempat ketiga dalam perlumbaan ke-100nya di MotoGP

Pertarungan epik antara Dovizioso, Lorenzo dan Marquez yang saling berkejaran dan memotong dan Dovizioso akhirnya muncul juara mutlak di Brno.

Keputusan MotoGP Brno

1. Andrea Dovizioso
2. Jorge Lorenzo
3. Marq Marquez
4. Valentino Rossi
5. Carl Crutchlow

Berikut merupakan kedudukan mata keseluruhan selepas 10 perlumbaan. Marq Marquez unggul di tangga teratas jauh meninggalkan Valentino Rossi dengan 48 mata.

Hafizh Syahrin mengutip 2 mata di Brno berada dikedudukan 16 dengan 24 pungutan mata keseluruhan.

Baca Juga

Baca Juga