Andreas Pereira Melabel Van Dijk Dan Milner Pemain Paling Angkuh

Pemain tengah harapan dan berbisa Manchester United, Andreas Pereira telah melabel dua pemain Liverpool iaitu Virgil Van Dijk dan James Milner pemain paling angkuh yang pernah beliau jumpa di Premier League.

Kenyataan berani mati daripada Andreas Pereira ini dibuat ketika menjawab soalan dalam satu temubual beliau bersama saluran Youtube Desimpedidos.

Andreas Pereira telah ditanya satu soalan yang berbunyi ‘Siapa pemain paling marrento(angkuh) yang pernah beliau temui?’

Tanpa rasa segan dan silu serta peruh yakin Andreas Pereira telah memetik dua nama dalam jawapannya itu.

“Aku tak suka sangat lelaki itu, Milner.”

“Aku bagitau kau satu kebenaran, aku tak suka lelaki yang bermain sebagai pertahanan, Van Dij, beliau Marrento(angkuh) boh. Cara beliau bermain pun nampak angkuh.”

Bagi Andreas Pereira kedua-dua pemain ini angkuh dan sombong amat tanpa sebab yang jelas dan difahami ramai terutamanya Virgil Van Dijk. Mungkin terlalu hebat barangkali.

Mungkin kata-kata pedas James Milner sebelum menjulang trofi yang menghina Manchester United menyebabkan Andreas Pereira marah dan terasa hati.

Ketika ditanya siapa pemain Premier League yang beliau sukai dan tanpa perlu menarik nafas Pereira terus memilih dua nama pemain.

“David Luiz dan Willian merupakan lelaki yang baik.” Ujar Pereira kepada Desimpedidos.

Nama pemain yang disebut Pereira ini tidak mengejutkan dan boleh tahu kenapa dipilih kerana dua-dua berasal daripada Brazil, sama seperti Pereira.

Pada awal tahun lalu Andrea Pereira dan Jesse Lingard teruk dikecam dan dimaki oleh peminat Setan Merah kerana main-main ketika latihan dan aksi mereka telah dirakam lalu menjadi tular.

Mengamuk peminat Setan Merah melihat video latihan yang memperlihatkan Andreas Pereira dan Jesse Lingard menari-nari serta melakukan handstand.

Lingard dan Pereira digugurkan dari skuad United ketika pasukan setan merah itu merakam kemenangan 3-0 ke atas Watford Februari lalu selepas melalui awal musim yang buruk.

Pada pra-musim 2019/20, Andreas Pereira berkata beliau sudah bersedia untuk menjadi David Beckham baharu di Manchester United. Satu kenyataan berani mati bukan benda baru dari Pereira.

Keyakinan diri penting bagi seorang pemain bola sepak dan dalam apa jua bidang tetapi dengan kesenduan Pereira ini mungkin dah terlebih yakin.

“Banyak aku pelajari, aku sudah bersedia untuk menonjol. Aku rasa aura keyakinan dan pengurus juga dapat merasakan keyakinan aku secara mental dan fizikal. Aku rasa semakin kuat setiap tahun.”

“Ini masa aku untuk kedepan. Aku bersedia sebagai pemain nombor 8 atau nombor 10. Aku boleh main di sayap kanan macam Beckham selalu main. Potong ke dalam dan membuat hantaran lintang lebih awal ke kotak penalti. Banyak aku nak tunjukkan ni.”

Dan inilah aksi persis David Beckham dari Pereira. Ni paling dekat dengan Beckham.

Aksi Andreas Peirera Persis David Beckham

Sebelum Premier League kembali bersambing Pereira juga telah membuat kenyataan yang agak mengejutkan yang tanpa berselindung menamakan tiga kelab yang menjadi idaman beliau.

Pemain berusia 24 tahun itu baru-baru ini telah ditanya tentang masa depannya oleh sebuah rancangan TV di Brazil, Globo Esporto dan beliau menjelaskan bahawa kini dirinya bahagia bersama United tetapi beliau tetap bercita-cita mahu berpindah ke pasukan impiannya.

“Buat masa sekarang, saya hanya mahu beraksi disini.”

“Tetapi sudah tentunya, sebagai seorang pemain, kita akan sentiasa gembira jika diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan besar. Saya sangat suka Barcelona dan Real Madrid, mereka pasukan terbaik. Bayern Munich juga.”

Komen dari Pereira mungkin agak mengejutkan bagi peminat setan merah, kerana mereka tidak nampak pemain itu memberikan yang terbaik sepanjang musim ini.

Pemain midfield itu tidak memberi apa-apa impak untuk pasukan, tambahan pula pemain seperti Fred dan Scott Mctominay telah mempamerkan aksi lebih baik berbanding beliau diposisi itu.

Dengan kehadiran Bruno Fernandes pada Januari lalu, khidmat Pereira sepertinya sudah tidak diperlukan lagi di sana.

BACA:  Video: Gandingan Van Dijk Dan Konate Terlalu Sukar Untuk Ditewaskan