Pengurus Spurs, Ange Postecoglou menceritakan kisah sebenar kenapa Spurs tidak membeli Ivan Toney. Terdapat laporan menyatakan kelab Utara London itu terlepas peluang mendapatkan Toney.
Mereka tewas kepada Al Ahli yang berjaya membeli pemain itu dengan nilai £40 juta. Spurs kemudian mendapatkan penyerang Dominic Solanke dari Bournemouth.
Menjelang aksi menentang Brentford, pengurus dari Australia itu ditanya dengan soalan tentang Ivan Toney.
Ivan Toney antara penyerang idaman banyak kelab. Memiliki rekod 72 gol dalam 141 perlawanan untuk Brentford. Kontraknya memasuki tahun akhir dan pemain itu tidak mahu melanjutkan kontraknya.
Dan akhirnya kelab Saudi, Al Ahli menandatangani pemain itu dengan menawarkan gaji £403 ribu seminggu bebas daripada sebarang cukai. Bersamaan dengan pendapatan £800 ribu seminggu dia bekerja di UK dan kebanyakan negara di Eropah.
Postecoglou akhirnya membuka bicara. Sebenarnya berita Spurs mahukan Toney cuma mainan media. Kerana dia dari awal mahu membeli Dominic Solanke dan tidak pernah sesekali mahukan Ivan Toney.
Dia berpendapat Solanke adalah pemain yang lebih bagus berbanding Ivan Toney berdasarkan keperluan taktikal pasukannya.
Ange berkata: “Ya kami ada memantau perkembangan Toney. Namun kami akhirnya memutuskan bahawa Dom [Dominic Solanke] adalah pemain yang saya mahukan.
“Kami meluangkan masa sepanjang musim panas untuk mendapatkan Dominic Solanke. Namun akhirnya kami berjaya mendapatkan pemain yang sesuai dengan profil yang kami mahukan.”
Tottenham Hotspur mendapatkan Solanke dengan nilai £55 juta. Dia boleh dikatakan sebagai pengganti Harry Kane. Musim lalu Spurs tidak sempat mendapatkan pemain no.9 menggantikan Kane kerana kekangan masa. Apabila pemain legenda mereka itu menyatakan dia mahu menyertai Bayern pada 2 minggu terakhir jendela perpindahan.
⚪️ Postecoglou: "We did look at Ivan Toney but I have said Dom Solanke was the one I wanted at Spurs".
"It took pretty much the whole summer to get him in because he was the one who fitted the profile of what we were looking for at the time". pic.twitter.com/YiPICkbtfK
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 20, 2024
Toney pada satu ketika pernah diletakkan nilai sebanyak £100 juta oleh Brentford. Kerana menurut Thomas Frank, jika Declan Rice bernilai £115 juta dibayar Arsenal, maka pemain mereka, Ivan Toney tidak jauh daripada nilai itu.
Toney digantung 8 bulan daripada aksi bola sepak kerana didapati bersalah terlibat perjudian bola sepak. Dia kembali semula pada pertengahan musim lalu dan mempamerkan aksi cemerlang.
Membuatkan Toney berjaya lolos ke dalam slot pemain yang terbang ke Jerman untuk aksi Euro 2024.