Angel Di Maria ‘Serang’ Manchester United dan Bekas Pengurus

Bekas bakal lagenda Manchester United, Angle Di Maria, telah mendaka bahawa dia tidak pernah kisah tentang nombor jersi yang dipakainya ketika bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu pada musim 2014-15.

Nombor jersi tersebut telah dipopularkan selama beberapa dekad oleh lagenda kelab seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Tetapi Di Maria tidak pernah dapat menahan dirinya daripada mengkritik dan menghentam United sejak meninggalkan kelab tersebut pada tahun 2015.

Kalau mengikut tradisi kelab tersebut, nombor 7 ibarat nombor keramat dan pemakainya akan menggalas tanggungjawab yang tinggi.

“Aku tak kisah langsung pasal nombor tujuh Manchester United,” ujar pemain sayap tersebut dalam temubual bersama TyC Sports.

“Mula-mula deme cerita panjang la pasal benda ni kat aku.  Jersi je pun!”

Di Maria yang kini memakai nombor 11 bersama pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain, telah mengatakan pada tahun lalu bahawa dia sebenarnya ingin memakai nombor 11, tetapi dipaksa untuk memakai nombor tujuh.

“Di Real Madrid, nombor 11 dah ada orang ambil. Jadi aku pakai la nombor 22.

“Di Manchester United, diorang bagi nombor tujuh, aku tak boleh nak pilih. Aku ingat nak pakai nombor 11, tapi tu lah. Tak dapat.

“[Di PSG], aku ada pilihan, jadi aku pilihlah nombor 11!” ceritanya lagi.

Komen ini ternyata jauh sekali daripada apa yang disebutnya ketika ditanya pada tahun 2014, di mana pada waktu tersebut, dia mengatakan bahawa nombor tersebut adalah sumber semangat, malah dia ada tatoo di tangannya yang menunjukkan gambar nombor tujuh.

“Bila kau pakai nombor yang sudah dipakai oleh David Beckham dan Cristiano Ronaldo, memang kau akan rasa gembira,” katanya pada tahun 2014 dulu.

“Malah dengan kelab bagi nombor ni kepada aku, memang bagi aku semangat lebih, sebab tu aku gembira dapat nombor ni.”

Di Maria tiba di kelab England tersebut sebagai pemain termahal United, dengan yuran perpindahan sebanyak £59.7 juta dari Real Madrid. Pada musim sebelumnnya, dia telah menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA dan juga membintangi serta membantu pasukan Argentina mara sehingga ke perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun yang sama.

Bersama United, dia memulakan saingan liga dengan agak bergaya apabila dia secara bersahaja menghancurkan pasukan Queens Park Rangers – antara aksi terbaiknya ketika menyarung jersi United.

Tetapi, hubungannya dengan pengurus kektika itu, Louis Van Gaal, sering tegang dan dikatakan menjadi punca kenapa dia gagal beraksi seperti yang diharapkan, lantas dijual pada harga kurang £15 juta daripada harga ketika dibeli, kepada Paris Saint-Germain.

Dalam temubual bersama TyC Sports, Di Maria mengatakan bahawa Van Gaal adalah pengurus yang paling teruk pernah dia bekerja bersama.

“Masalah aku di United adalah jurulatih. Van Gaal adalah pengurus yang paling teruk dalam karier aku.

“Aku boleh jaringkan gol, dan lakukan assist hari ini, dan esoknya dia akan marah aku sebab aku pass bola tak sampai.

“Dia memang tak senang dengan aku dari hari ke hari, dia tak suka pemain yang lebih daripada dia,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Van Gaal hanya kekal di United selama dua musim, dan musim selepas Di Maria dijual, meskipun Van Gaal berjaya membawa pasukan tersebut memenangi Piala FA, dia tetap dipecat dan digantikan dengan pengurus dari Portugal, Jose Mourinho.

Walaubagaimanapun, ketika Van Gaal menjadi pengurus, ramai pemain muda yang diberikan ruang untuk bermain, antaranya seperti Marcus Rashford, Tyler Blackett, Guillermo Varela, Paddy McNair, Saidy Janko dan juga Tom Thorpe.

Berbeza dengan Van Gaal, Mourinho lebih sukakan pemain yang sudahpun stabil dan hasilnya dia telah berjaya membawa kelab tersebut memenagi Liga Europa dan juga Piala Liga, selain muncul naib juara liga di belakang Manchester City, selepas membawa masuk pemain seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic. (Sumber : 90min)

BACA:  Jawapan Kelakar Van Gaal Yang Dilabel Di Maria 'Pengurus Paling Teruk'