Angkat Berat Terus Cemerlang, Giliran Erry Hidayat Sumbang Pingat Buat Malaysia

Sukan angkat berat terus menjadi penyelamat kepada kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham apabila menyumbang pingat perak menerusi Muhammad Erry Hidayat.

Jaguh angkat berat Malaysia itu menduduki tempat kedua dalam kategori 73 kg, di belakang atlet India, Achinta Sheuli.

Erry yang baru berusia 22 tahun cuba mencabar pingat emas Achinta tetapi cubaan terakhir dalam mengangkat beban 176 kilogram menerusi clean and jerk, gagal disempurnakan.

Anak kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998, Hidayat Hamidon, ini terpaksa berpuas hati dengan jumlah angkatan keseluruhan 303 kilogram, dengan 138 kilogram dalam snatch dan 165 kilogram dalam disiplin clean and jerk.

Achinta Sheuli pula telah merekodkan 143 kilogram dalam snatch, dan 170 kilogram menerusi clean and jerk sekaligus mencipta rekod baru kejohanan dengan angkatan keseluruhan 313 kilogram.

Atlet Kanada, Shad Darsigny membawa pulang pingat gangsa dengan 298 kilogram keseluruhan – 135 kilogram acara snatch dan 163 kilogram clean and jerk.

Setakat ini hanya kem angkat berat sahaja yang berjaya menyumbang pingat emas.

Aznil Bidin Emas Kedua Kontinjen Negara

Mohamad Aznil Bidin menghadirkan pingat emas Malaysia yang kedua di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara angkat berat kategori 61kg dengan penuh bergaya selepas beberapa jam Aniq Kasdan memberi emas pertama.

Tiada kejutan dari Mohamad Aznil Bidin yang merupakan prospek emas dan juga pemegang pingat emas di acara sama pada Sukan Komanwel empat tahun lalu.

Rekod Sukan Komanwel bagi acara angkat berat 61kg lelaki telah berjaya dipecah oleh Mohamad Aznil Bidin.

Bagi saingan Snatch, Mohamad Aznil Bidin melalukan 123kg untuk angkatan pertama dan mengangkat 127kg dipercubaan kedua tetapi gagal dipercubaan ketiga dengan angkatan 130kg namun cukup untuk mendahului pesaingnya dengan 7kg sebelum memulakan saingan Clean and Jerk.

Di Clean and jerk, Mohamad Aznil Bidin mengangkat 153kg dipercubaan pertama dan 158kg diangkatan kedua serta mendahului carta dengan kelebihan 12kg mengatasi Moriea Baru dari Papua New Guinea.

Untuk pengejaran pingat emas memaksa Morea Baru mengangkat 165kg untuk mengatasi Aznil namun gagal kerana angakatan dibatalkan lebih awal.

Morea Baru mencuba lagi untuk 165kg dipercubaan ketiga tetapi gagal lagi dan Aznil Bidin mengekalkan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu.

Namun Aznil Bidin mencuba angkatan ketiga dengan 166kg untuk mencipta rekod baru Sukan Komenwal tetapi gagal tetapi emas sudah digenggaman.

Aniq Kasdan Emas Pertama

Mohamad Aniq Kasdan telah meraih dan menghadirkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan juga telah mencipta rekod baharu kejohanan.

Sukan Komanwel XXII atau nama mudahnya Birmingham 2022 berlangsung di England merupakan acara sukan antarabangsa untuk ahli-ahli negara Komanwel berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.

Anak kelahiran Johor berusia 20 tahun itu meraih pingat Emas selepas menhimpunkan angkatan sebanyak 249 kilogram untuk berada ditempat pertama bagi kateri 55kg yang berlangsung di dewan NEC.

Angkatan 107kg berjaya dilakukan Aniq Kasdan dalam saingan snatch dan memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan Clean and Jerk angkatan bebanan seberat 142kg.

Keputusan angkat berat kategori 55kg Lelaki:

Emas – Mohamad Aniq Kasdan (Malaysia)
Perak – Sanket Mahadev Sargar (India)
Gangsa – Dilanka Isuru Kumara Yodage (Sri Lanka)

Angkatan kedua Aniq, 20 tahun gagal apabila telah terduduk ketika cuba mengangkat bebanan kerana terlalu cuak dan atas nasihat jurulatih dia kembali tenang.

Mohamad Aniq Kasdan kembali tenang dan fokus lalu berjaya melakukan angkatan ketiga sekaligus menjadi angkatan emas untuk Malaysia.

Kecederaan atlet angkat berat India, Sanket Mahadev Sargar membuka jalan yang cerah buat Aniq Kasdan meraih emas pertama Malaysia.

Disebalik kecederaan bahu Sanket Mahadev Sargar, dia berjaya menghadirkan pingat perak pertama India di Sukan Komanwel.

Sebelum menjadi atlet angkat berat, Aniq Kasdan mula bermain sukan hoki bermula umur 8 tahun lagi sehingga tingkatan 3.

Semuanya bermula ketika dia mengikuti abangnya ke sesi latihan angkat berat dan ditawarkan untuk mencuba sukan angkat berat.

Ibu bapanya setuju untuk Aniq menceburi sukan angkat berat dan Aniq sedar sukar untuknya mendapat tempat dalam sukan hoki kerana susuk tubuhnya yang kecil.

PKP hampir membuatkan Aniq berputus asa kerana berlatih tanpa sebarang kejohanan sehinggakan simen lantai rumah bapanya pecah kerana berlatih.

β€œBapa saya cakap simen ni keras takkan pecah tapi pecah jugak, selepas tiga kali simen barulah tak pecah balik.”

Sebelum ini Aniq Kasdan pernah mencipta sejarah apabila menjadi atlet angkat berat Malaysia pertama memenangi pingat dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia.

Dia memenangi pingat perak dalam acara 55 kg lelaki clean & jerk di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan.

BACA:Β  Bonnie Bunyau Gustin Pecah Rekod Sukan Komanwel Hadiahkan Emas Keempat