Annuar Musa Digantung

Penyelamat bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa hari ini digantung tugas sebagai pengerusi MARA berkuat-kuasa serta merta. Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat Mara, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr. Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr. Abu Azam Md Yassin.

Jawatan Annuar Musa sebagai Pengerusi Pelaburan MARA juga turut digantung dan semua tugasnya akan dipangku Dr. Yusof.

Tindakan ini dibuat susulan laporan dan siasatan salah laku Annuar dalam menyalurkan dana MARA menerusi UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Sementara itu Annuar Musa menerusi laman Facebooknya dengan tenang menerima penggantungan tersebut dan akan membuat kenyataan pada minggu hadapan, selepas semua orang bertenang.

Penggantungan ini akan berterusan sehingga siasatan selesai.

Baca Juga

Baca Juga