Antoine Griezmann Sudah Buat Keputusan Tetapi Enggan Mengumumkannya Lagi

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann berkata beliau telah membuat keputusan mengenai masa depannya tetapi enggan mendedahkan kelab manakah yang akan diwakili beliau musim depan.

Griezmann merupakan pemain sasaran Manchester United tetapi telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona musim panas ini. Beliau mengharungi musim yang cemerlang bersama Atletico Madrid dimana beliau berjaya menjaringkan 29 gol dari 49 perlawanan di samping menjulang trofi Europa League dan menamatkan kempen La Liga di kedudukan ke-2.

Griezmann telah buat keputusan tetapi enggan mendedahkannya kepada umum lagi

Griezmann membuat pengumuman mengenai masa depannya dalam satu sidang media khas di kem latihan skuad Perancis kelmarin. Walau bagaimanapun, bekas pemain Real Sociedad ini masih lagi berteka-teki mengenai masa depannya dan enggan mengesahkan sama ada beliau akan berpindah atau terus kekal di Wanda Metropolitano.

“Hari ini bukan hari yang sesuai untuk bercakap mengenai masa depan saya. Betul, saya sudah membuat keputusan mengenai perkara tersebut tetapi saya tidak akan mendedahkannya hari ini. Ini bukan masa dan tempat yang sesuai untuk mengumumkan perkara tersebut.”

Sebelum ini pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone mengesahkan Griezmann akan dibenarkan berpindah pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Griezmann mengharungi musim yang baik dimana berjaya beliau berjaya mengangkat trofi Europa League

“Sudah tentu Griezmann akan berpindah keluar pada satu ketika, sama seperti yang berlaku kepada Diego Costa dan Arda Turan yang mana kami membenarkan pemain ini berpindah. Saya sangat sayangkan pemain saya dan gembira untuk melihat mereka membesar. Saya bukan lah seorang yang tidak mengenang budi.”

“Jika ada pemain datang berjumpa saya dan berkata, ‘Saya mendapat peluang sekali seumur hidup untuk bermain dengan sebuah pasukan lain, dan saya mahu berpindah’. Jika pemain tersebut telah memberikan segala-galanya kepada kelab seperti apa yang Griezmann telah lakukan, saya akan membenarkan pemain ini berpindah tanpa sebarang masalah. Saya tahu Griezmann mahu mengembangkan lagi karier beliau.”

Pada penghujung musim lepas, Griezmann dilaporkan menjadi sasaran utama Manchester United dengan Jose Mourinho sedia memecahkan rekod dunia untuk membawa pemain ini ke Old Trafford.

Akan tetapi beliau menegaskan ia merupakan tindakan yang ‘kotor’ untuk meninggalkan Atletico Madrid ketika pasukan tersebut menjalani hukuman penggantungan dari menandatangani sebarang pemain pada ketika itu.

Barcelona,,mu tunggu aku mari

Penganalisa bolasepak terkenal, Guillem Balague mendakwa Griezmann akan mencalarkan legasinya di Atletico Madrid kerana masih berteka-teki mengenai masa depannya.

“Apa jua keadaaan, Antoine Griezmann tetap akan menang kerana beliau akan berpindah ke pasukan yang lebih ternama.”

“Beliau pernah berjanji untuk menyelesaikan segala perkara sebelum Piala Dunia, tetapi lain pula jadinya. Harus diingat klausa pelepasan pemain beliau pada 1 Julai nanti hanya berjumlah €100m (£88m).”

BACA:  Godin Nafi Guna Manchester United Untuk Mendapatkan Kontrak Lebih Lumayan Di Atletico Madrid