Antoine Griezmann Tewaskan Leo Messi and Cristiano Ronaldo Untuk Anugerah Pemain Terbaik La Liga

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik La Liga tahun ini dalam satu majlis Anugerah La Liga. Lelaki Perancis itu telah menewaskan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk memenangi anugerah tersebut buat pertama kali dalam kariernya.

Anugerah La Liga merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Liga de Futbol Profesional (LFP) untuk memberi penghargaan kepada pemain yang menyinar di kelab. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian peminat, pengkritik, kapten dan penolong kapten dari La Liga.

Selain pemain terbaik Griezmann juga menerima anugerah “Fans’ Five-Star Player”. Atletico Madrid merupakan pasukan yang mendominasi 4 daripada 6 anugerah utama pada malam tersebut sekaligus mengenepikan Barcelona dan Real Madrid yang masing-masing memenangi satu anugerah utama.

Diego Simeone telah dipilih sebagai Jurulatih Terbaik apabila meneruskan prestasi cemerlangnya bersama musim ini. Dua lagi pemain Atletico Madrid yang meraih anugerah utama adalah Jan Oblak dan Diego Godin masing-masing dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Pertahanan Terbaik.

Kejutan berlaku apabila Cristiano Ronaldo tidak memenangi satu pun daripada anugerah yang dipertandingkan. Leo Messi pemenang Anugerah Pemain Terbaik sebanyak 6 kali dalam tempoh 8 tahun hanya memenangi anugerah Penyerang Terbaik untuk kali ketujuh pada tahun ini.

Real Madrid hanya memenangi satu anugerah utama iaitu Pemain Tengah Terbaik melalui pemain tengah mereka Luka Modric.

Senarai Pemenang Anugerah La Liga

la-liga-award-2016

Penjaga Gol Terbaik

Jan Oblak – Atletico Madrid

Pertahanan Terbaik

Diego Godin – Atletico Madrid

Pemain Tengah Terbaik

Luca Modric – Real Madrid

Penyerang Terbaik

Lionel Messi – Barcelona

Jurulatih Terbaik

Diego Simeone – Atletico Madrid

Pemain Terbaik

Antoine Griezmann – Atletico Madrid

Pemain Baru Terbaik

Marco Asensio – Real Madrid

Pemain Terbaik Dunia

Luis Suares – Barcelona

Fans’ Five-Star Player

Antoine Griezmann – Atletico Madrid

Team of The Year

Sedikit ganjil apabila Griezmann selaku pemain terbaik tiada di dalam senarai pasukan pilihan.

Penjaga Gol

Jan Oblak (Atletico Madrid)

Pertahanan

Sergio Ramos (Real Madrid)
Diego Godin (Atletico Madrid)
Gerard Pique (Barcelona)
Marcelo (Real Madrid)

Pemain Tengah

Andres Iniesta (Barcelona)
Sergio Busquets (Barcelona)
Luka Modric (Real Madrid)

Penyerang

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
Lionel Messi (Barcelona)
Luis Suarez (Barcelona)

Baca Juga

Baca Juga