Antonio Cassano Dakwa Beliau Tolak Juventus Kerana Nafsunya Tidak Terangsang

Legenda Itali, Antonio Cassano telah membuat dakwaan yang agak mengejutkan selepas beliau mendakwa dirinya menolak Juventus beberapa kali kerana mereka tidak cukup menghairahkan beliau.

Bekas bintang Itali yang ketika ini berusia 38 tahun itu pernah bermain bersama Real Madrid, Roma, Inter Milan dan AC Milan sepanjang 18 tahun karier gemilangnya.

Cassano telah mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada tahun 2017 yang lalu selepas membuat 39 caps bersama Itali dan menjaringkan 10 gol di pentas bola sepak antarabangsa.

Menurut buku autobiography Dico Tutto (I’ll Tell You Everything), yang diterbitkan pada tahun 2010, bekas bintang Real Madrid dan Milan itu mendakwa yang beliau sudah tidak dengan 600 ke 700 perempuan di merata tempat.

Walau mempunyai nafsu serakah yang buas dan liar, serta banyak menghabiskan kariernya bersama gergasi Eropah, Cassano sama sekali tak pernah beraksi bersama Juventus.

Menurut laporan dari The Daily Star, keputusan untuk tidak menyertai Juventus sepanjang kariernya adalah atas pilihan Cassano sendiri.

Walau beliau telah berkali-kali ditawarkan untuk menyertai The Old Lady, namun Cassano tetap tegas tidak mahu ke Turin.

Cassano bersama skuad kebangsaan Itali

Ketika beliau ditanya tentang alasannya mengapa tidak mahu menyertai Juventus, Cassano telah memberi jawapan dengan menggunakan metafora yang pelik dan mengerikan.

Cassano telah menjelaskan tentang mengapa beliau menolak untuk menyertai Juventus dengan The Old Lady sebenarnya sudah empat kali menawarkan kontrak padanya.

Bekas bintang Roma itu mendakwa yang Juventus diumpamakan seperti ‘P**i yang cantik’ tapi masih belum cukup hebat untuk puaskan keinginan nafsunya.

“Saya telah menolak Juventus empat kali. Mereka ‘P**i yang cantik’ tapi mereka tak berjaya buat saya terangsang.”

Jelas Cassano.

Cassano turut pernah mendakwa yang beliau mempunyai seorang kenalan yang bekerja sebagai pelayan di hotel dan beliau selalu meminta sahabatnya itu untuk membawa makanan ke biliknya selepas beliau melakukan hubungan intim.

Cassano ketika aksi bertemu Sepanyol pada tahun 2012

Cassano turut mendakwa yang beliau akan mengiringi wanita tersebut bertemu dengan rakannya dan membuat pertukaran untuk mendapatkan makanan yang beliau mahukan.

Cassano menulis di bukunya:

“Di Madrid saya ada kawan yang bekerja sebagai pelayan sebuah hotel. Kerja dia adalah bawakan saya makanan selepas saya selesai melakukan hubungan.”

“Dia akan bawa makanan naik ke atas, dan saya akan hantar perempuan padanya untuk kami buat pertukaran. Dia akan bawa perempuan itu dan saya ambil makanan.”

“Perhubungan intim dan makanan sememangnya gabungan yang sempurna.”

Antonio Cassano merupakan salah seorang pemain dalam skuad Itali ketika mereka mara ke perlawanan akhir Euro 2012 bertemu Sepanyol.

Itali ketika itu gagal untuk menghalang Sepanyol untuk mempertahankan gelaran Euro yang telah mereka menangi pada edisi 2008.

Beliau selepas itu gagal untuk mengharumkan nama Itali dalam mana-mana pertandingan lagi sehingga mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada 2017.

Itali berjaya untuk kembali mendominasi dunia bola sepak selepas skuad mereka diambil alih oleh Roberto Mancini.

Bekas pengurus Manchester City itu berjaya mengubah Itali dari sebuah pasukan yang berada di ranking terburuk mereka, menjadi pasukan yang paling digeruni pada ketika ini.

Itali berjaya mencipta rekod baru dalam sejarah mereka dengan mencatatkan 33 perlawanan tanpa sebarang kekalahan termasuk enam kemenangan dalam saingan Euro 2020.

Itali berjaya untuk mara ke perlawanan akhir Euro 2020 dengan mereka selepas ini dijadualkan akan bertemu England di Wembley untuk menentukan siapa yang akan menjulang Piala terbesar Eropah itu.

Skuad The Azzuri merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan kali ini selepas melihatkan kepada aksi dan persembahan mereka sepanjang pertandingan ini dilangsungkan.

Azzuri berjaya mencatatkan tiga kemenangan di peringkat kumpulan dengan gawang gol mereka langsung tidak dibolosi.

Mereka kemudiannya berjaya menewaskan Austria di pusingan 16 terbaik, menyingkirkan Belgium di peringkat suku akhir dan terbaru menewaskan Sepanyol di peringkat separuh akhir.

Lawan Itali nanti, England juga dianggap pilihan utama kejohanan dengan mereka ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik pasukan.

Dari perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke aksi perlawanan peringkat separuh akhir, England hanya mencatatkan satu bolos sahaja dan ia merupakan rekod yang cukup luar biasa menakjubkan.

Para peminat tentunya tidak sabar untuk melihat aksi pertembungan antara kedua-dua pasukan itu yang akan dilangsungkan pada hujung minggu nanti.

Sumber: SB

Baca Juga

Baca Juga