Antonio Conte Mengakui Bahawa Formasi 3-4-3 Sentiasa Menjadi Pilihan Keduanya

Antonio Conte telah mendedahkan bahawa beliau tidak menerapkan formasi 3-4-3 untuk pasukan Chelsea dari awal musim kerana beliau mahu mencuba dan menggunakan sistem 4-2-4 di Stamford Bridge.

Chelsea telah berubah menjadi pasukan yang digeruni sejak Conte membuat keputusan untuk menggunakan formasi 3-4-3 selepas mereka tewas 3-0 kepada Arsenal pada penghujung November dan hasilnya sangat mengujakan apabila Chelsea mencatatkan 13 kemenangan berturut-turut.

Semua penyokong Chelsea sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Arsenal kerana telah memberi keinsafan kepada Chelsea untuk terus bangkit sekaligus muncul juara liga pada musim ini.

Terima Kasih Arsenal!

Antonio Conte Mengakui Bahawa Formasi 3-4-3 Sentiasa Menjadi Pilihan Keduanya

Walaupun hasil dari penggunaan 3-4-3 agak menakjubkan, Conte mengakui bahawa menggunakan formasi 4-2-4 merupakan pilihan utama dan kegemaran beliau. Semasa di Serie A dan pra-musim Chelsea, Conte telah menggunakan sistem ini.

Ketika ditanya kenapa tidak menggunakan 3-4-3 dari awal, Conte menjawab :

“Ini kerana saya telah menanam dalam minda bahawa saya mahu bermain dengan formasi 4-2-4. Saya mahu memulakan musim ini dengan sistem 4-2-4 kerana saya mempunyai seorang pemain sayap yang power dalam situasi satu lawan satu dan saya juga suka menurunkan dua penyerang yang sentiasa berada dekat sesama mereka. Tapi saya telah mengubahnya.

“Sejujurnya ku tak bisa, hidup tanpa kamu, aku gila! Maaf ternyanyi pulak maklum la semalam baru lepas karaoke. Maafkan saya.

“Sejujurnya, semasa persediaan pra-musim, saya menerapkan penggunaan 4-2-4 dan 3-4-3 kerana pasukan ini mempunyai kemampuan untuk bermain dalam kedua-dua formasi ini. Saya membuat berubah kepada 3-4-3 kerana formasi ini memberi lebih keseimbangan ketika bertahan dan menyerang.

conte-power

“Saya bimbang selepas kekalahan kepada Arsenal kerana kami banyak melepaskan gol dalam setiap perlawanan dan kami membiarkan pasukan lawan mempunyai peluang untuk mejaringkan gol. Atas alasan inilah kami mengubah formasi, Kebiasaannya selepas mengalami kekalahan amat penting untuk mencari penyelesaian terbaik untuk mengubah dan meningkatkan prestasi serta perlu memberi penjelasan kenapa saya mengambil langkah tersebut.

“Saya memerah otak bersama pemain, berusaha keras bagi mencari jalan untuk mengubah situasi dan kami berjaya menemuinya.”

keluarga-conte

Bersatu kita bersatu bersedia berganding bahu. Kita main dengan padu kita rumpun London.

Baca Juga

Baca Juga