Pengambilalihan Newcastle dari Mike Ashley kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi telah dilengkapkan awal minggu lalu.
Selepas proses pengambilalihan itu selesai, terdapat banyak khabar angin yang bertiup berkait pembelian pemain, penukaran pengurus dan pelbagai lagi.
Antara topik terhangat yang dibincangkan adalah tentang pengurus pertama yang akan dilantik oleh pemilik baru, dalam usaha mereka untuk membawa Newcastle ke arah lebih berjaya.
With the Newcastle takeover on the verge of being complete, Antonio Conte has emerged as one of the favourites to take the managerial role in the coming months.
Wow. pic.twitter.com/fEtruMl8Pl
— Sporting Index (@sportingindex) October 7, 2021
Steve Bruce merupakan pengurus Newcastle pada ketika ini, namun kedudukan beliau sepertinya sudah tergugat dan menanti masa saja untuk digantikan.
Antonio Conte merupakan salah satu nama yang dikaitkan bakal menjadi pengurus Newcastle selepas ini, dan laporan terbaru telah melaporkan bahawa pengurus dari Itali itu turut berminat untuk kembali ke Premier League.
Bekas pengurus Chelsea itu sememangnya sangat berminat dengan projek seperti mahu menaikkan Newcastle ini, selepas beliau melalui pengalaman tidak begitu indah bersama Inter Milan sebelum ini.
'Give him whatever he wants' #NUFC https://t.co/7vCoCeRrs7
— The Chronicle (@ChronicleNUFC) October 10, 2021
Conte sememangnya seorang pengurus yang tegas, beliau akan hasilkan keputusan yang positif andai kelab memberi kerjasama dengannya.
Beliau meninggalkan Inter Milan selepas kelab memutuskan untuk menjual Achraf Hakimi dan Romelu Lukaku yang dianggap pemain terpenting dalam sistem kendaliannya.
Dengan Conte sememangnya sudah bersetuju tidak akan terima tawaran lain di Itali pada ketika ini selepas beliau meninggalkan San Siro, maka semakin ramai yang percaya beliau tentu akan kembali ke Premier League.
Antara halangan terbesar melantik Conte adalah beliau lebih memilih untuk mengambil tanggungjawab pada awal musim berbanding separuh jalan.
Antonio Conte is understood to be interested in learning of the conditions involved at Newcastle United. Conte is open to a return to the Premier League. #NUFC https://t.co/T1C23tCwzz
— CANS 360 (@NUFC360) October 10, 2021
Yang mana The Magpies pada ketika ini mahu mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan Januari ini, dan menyelamatkan Newcastle dari tersingkir.
Terdapat juga beberapa nama lain yang dikaitkan dengan bakal menggalas tugas sebagai pengurus Newcastle seperti, Eddie Howe, Frank Lampard, Steven Gerrard dan Graham Potter.
Keputusan berkait masa depan Bruce akan diumumkan pada minggu hadapan, dan masih belum pasti sama ada bekas pengurus Birmingham, Wigan dan Sunderland itu akan terus mengurus Newcastle atau tidak.
Antonio Conte becomes Newcastle's 'top priority' – but there are three other names on listhttps://t.co/9bZidKa9d8 pic.twitter.com/Xp4DJRpLMt
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 8, 2021
Masih belum ada jaminan yang Bruce akan menguruskan Newcastle ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur di St James Park sabtu hadapan.
Seandainya beliau masih kekal sebagai pengurus The Magpies, ia bermaksud perlawanan tersebut bakal menjadi perlawanan ke-1000 beliau sebagai pengurus.
Steve Bruce on the brink of Newcastle United sack as owners eye Ralf Rangnick for sporting director | @JBurtTelegraph https://t.co/lZEpGWrsQb #NUFC
— Telegraph Football (@TeleFootball) October 10, 2021
Seandainya laporan terbaru dari The Telegraph benar, maka Bruce tidak akan mampu meraikan perlawanan ke-1000 beliau bertemu Newcastle.
Dengan laporan tersebut turut mendakwa yang Bruce akan menerima £8 juta sebagai bayaran pampasan untuk meninggalkan Newcastle.
Laporan sama turut menyatakan yang kelab sedang dalam usaha untuk melantik Ralf Rangnick untuk menjadi sporting director mereka yang baru.
The Magpies sesiapa sahaja yang dilantik menjadi pengurus baharu, akan mampu untuk menyelamatkan Newcastle selepas melalui awal musim yang menyakitkan.
Antonio Conte's stance on taking over at Newcastle as he's linked with manager's jobhttps://t.co/FeCsw6oi9L pic.twitter.com/lM4GI7txyc
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 8, 2021
Newcastle United gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dari tujuh perlawanan akhir mereka, dengan terbaru skuad kendalian Steve Bruce itu tewas 2-1 di tangan Wolverhampton Wanderers.
Sabtu hadapan, Newcastle akan turun bertemu Spurs, dan pada 23 Oktober nanti, mereka bakal bertemu Crystal Palace sebelum turun beraksi bertemu Chelsea seminggu selepas itu.
Sumber: SPORTbible