Antonio Conte yang merupakan seorang penganggur selepas meninggalkan Inter Milan kini dilaporkan semakin hampir untuk ke Tottenham Hotspur dan kini berada dalam proses terakhir menuju ke Kota London yang sudah tidak asing bagi beliau.
Pengurus dari Itali itu merupakan prospek paling panas ketika ini jika ada sahaja kelab besar memecat pengurus mereka lantaran itu Conte telah dikaikan dengan Barcelona dan juga Manchester United.
Terbaru, terkini dan terlatest adalah jawatan kosong di Tottenham Hotspur selepas Nuno Espirito Santo telah dipecat sebagai pengurus bersama-sama dengan barisan staff kejurulatihannya.
Antonio Conte is ready to accept Tottenham proposal. Talks underway and understood to be ‘at final stages’ – salary and long term contract discussed but he seems convinced to say ‘yes’. ⚪️🇮🇹 #THFC
Negotiations to continue in the next few hours in order to complete the agreement. pic.twitter.com/quih3onc7z
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 1, 2021
Menurut ciapan dari peniup khabar angin terkenal dan agak boleh dipercayai, Fabrizio Romano, Antonio Conte sudah bersedia menerima lamaran Spurs dan sudah berada di fasa akhir perbincangan mengenai gaji dan kontrak.
“Antonio Conte sedia menerima cadangan Tottenham. Perbincangan sedang dijalankan dan difahamkan ‘di peringkat akhir’ – gaji dan kontrak jangka panjang dibincangkan tetapi dia nampak yakin untuk berkata ‘ya’.”
“Rundingan diteruskan dalam beberapa jam akan datang untuk melengkapkan perjanjian.”
Jika tiada aral melintang dan segala cadangan, bayaran gaji dan tempoh kontrak dipersetujui kedua belah pihak maka Conte akan menjadi milik Spurs.
Bersumberkan kepada Gianluca Di Marzio pula Antonio Conte juga dijangkan tiba di London dalam masa terdekat untuk perbincangan terakhir sebelum menyempurnakan kontrak bersama Tottenham Hotspur.
“Antonio Conte dijangka berada di London tidak lama lagi untuk menyelesaikan perbincangan mengenai butiran akhir dengan Tottenham. Urus niaga di peringkat akhir untuk pengurus baharu Spurs selepas Nuno dipecat #THFC Sumber: @DiMarzio”
#Conte atteso a Londra: ultimi dettagli da sistemare, poi la firma con il #Tottenhamhttps://t.co/oMmmiCYzls
— Gianluca Di Marzio (@DiMarzio) November 1, 2021
Tottenham Hotspur melalui laman sesawang rasmi mereka, tottenhamhotspur.com telah membuat satu kenyataan bahawa mereka telah memecat pengurus pasukan, Nuno Espirito Santo serta merta.
Pengumuman ini kemudian telah disebarkan melalui laman media rasmi kelab untuk memberitahu dunia akan keputusan yang telah dilakukan oleh kelab.
Ayat penyedap kata telah diutuskan dalam pengumuman ini dengan ucapan terima kasih dan memuji Nuno Espirito Santo sebagai lelaki sejati, selepas dipecat Nuno sentiasa dialu-alukan.
Club announcement.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 1, 2021
Kelab hari ini mengumumkan bahawa Nuno Espírito Santo dan kakitangan kejurulatihannya Ian Cathro, Rui Barbosa dan Antonio Dias telah dilepaskan daripada tugas mereka.
—
Fabio Paratici, Pengarah Urusan, Bola Sepak, berkata: “Saya tahu betapa Nuno dan kakitangan kejurulatihannya ingin berjaya dan saya kesal kerana kami terpaksa mengambil keputusan ini.
—
“Nuno seorang lelaki sejati dan akan sentiasa dialu-alukan di sini. Kami harus berterima kasih kepadanya dan kakitangan kejurulatihannya dan mendoakan kesejahteraan mereka untuk masa depan.”
—
Kemas kini selanjutnya akan menyusul dalam masa terdekat.
⚪️ The performances and style of football were the key factors in Nuno Espírito Santo's departure
[via @skysportspaulg] pic.twitter.com/BrDUEqr2qZ
— Football Daily (@footballdaily) November 1, 2021
Nuno Espírito Santo bermula baik pada awal musim apabila menewaskan Manchester City pada perlawanan pertama dan selepas 10 perlawanan Spurs mencatatkan 5 kemenangan dan 5 kekalahan.
Berada ditangga kelapan Premier League selepas 10 perlawanan bukanlah satu kedudukan yang teruk namun jika dilihat kepada aksi di padang, corak ditampilkan Nuno Espírito Santo sangat tidak jelas dan tidak meyakinkan.
Prestasi dan corak permainan yang diterapkan oleh Nuno Espírito Santo merupakan kunci utama kepada pemecatan ini dan kekalahan kepada Manchester United hanya menjadi asbab sahaja. Spurs dah lama rancang, kita yang lalai.
Persembahan buruk Harry Kane yang sentiasa dihilang dipadang namun masih diberikan kepercayaan serta peluang beraksi akhirnya memakan diri Nuno Espirito Santo.
Tottenham Hotspur have sacked manager Nuno Espirito Santo, the Premier League club announced, after a 3-0 home loss to Manchester United at the weekend https://t.co/oMRyAydxNI pic.twitter.com/wusZ7Yeyuz
— Reuters (@Reuters) November 1, 2021
Masa depan Nuno Espírito Santo berada dihujung tanduk selepas Tottenham Tewas tiga gol tanpa balas kepada Manchester United yang juga berada dalam situasi getir.
Kebanyakkan penyokong lawan kini giat menjalankan kempen selamatkan Ole dari dipecat selepas diberi talian hayat untuk tiga lagi perlawanan dan berjaya untuk perlawanan pertama menentang Spurs.
Ole Gunnar Solskjaer yang bertukar menjadi Don Antonio Conte terselamat buat masa ini dan Nuno Espirito Santo menjadi mangsa keadaan atau ‘collateral damage’.
Sejak 24 jam yang lalu, Antonio Conte yang disebut-sebut sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan akan menjadi pengurus baharu Spurs.
Perkara ini sangat menarik untuk menjadi kenyataan kerana pemilik Spurs, Daniel Levy seorang yang kedekut dan tidak akan tunduk kepada pengurus yang keras kepala seperti Conte.