Anuar Musa Hantar Surat Letak Jawatan

Tan Sri Anuar Musa secara rasmi telah menghantar surat perletakan jawatan selaku Presiden KAFA selepas menghantar surat kepada Setiausaha Agung KAFA Dato Ismail bin Md. Noor .

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan hasrat mahu berundur dari jawatan Presiden KAFA bagi memberi laluan kepada muka baru.

TSAM mahu memberi peluang kepada individu yang layak kerana merasakan beliau sudah tidak terdaya lagi untuk memegang tampuk pimpinan.

“Saya mahu Kelantan cemerlang. Jadi untuk cemerlang kita kena bagi pada orang yang lebih berupaya sebab saya sudah habis gas dah (sudah habis tenaga). Elok buka ruang kepada pembaharuan, tenaga baru.” katanya.

Dalam surat perletakkan jawatannya itu TSAM masih mengekalkan Cap Dagangnya(Trademark) dalam penulisan apabila menggunakan fungsi “Caps Lock” dengan jayanya. Dalam surat itu menyatakan TSAM berat hati untuk melepaskan jawatan

surat-anuar-musa-hantar-surat-letak-jawatan-presiden-kafa

“Dengan hati yang berat, saya dengan ini memaklumkan BAHAWA SAYA MELEPASKAN JAWATAN SAYA SELAKU PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK KELANTAN(KAFA) BERKUATKUASA SERTA MERTA.

TSAM juga berharap tugas yang ditinggalkannya dipikul oleh individu yang mampu mengangkat bolasepak Kelantan.

“Saya berharap tugas ini dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu MENGANGKAT KECEMERLANGAN BOLASEPAK KELANTAN sepertimana berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain.”

TSAM juga yakin Kelantan mampu berjaya asalkan anak Kelantan diberi peluang,

“Saya sentiasa berkeyakinan kita Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai, asalkan anak Kelantan diberi peluang berbuat demikian.”

GOMO KELATE GOMO! SEK KITO JANGE PECOH!

Baca Juga

Baca Juga