Anuar Musa Mahu Berundur Dari Jawatan Presiden KAFA

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhasrat mahu berundur dari jawatan Presiden KAFA bagi memberi laluan kepada muka baru.

TSAM mahu memberi peluang kepada individu yang layak kerana merasakan beliau sudah tidak terdaya lagi untuk memegang tampuk pimpinan.

“Saya mahu Kelantan cemerlang. Jadi untuk cemerlang kita kena bagi pada orang yang lebih berupaya sebab saya sudah habis gas dah (sudah habis tenaga). Elok buka ruang kepada pembaharuan, tenaga baru.” katanya.

Keputusan TSAM untuk memberi laluan kepada muka baharu adalah berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh beberapa pasukan Liga Super selepas menukar pimpinan.

“Malah di Selangor pun, semua kita tengok ada perubahan kepimpinan. Jadi di Kelantan juga harus dibuka ruang supaya ada idea baru, kaedah baru.

TSAM juga berkira-kira untuk melepaskan jawatan kerana tidak mahu dilabel tamak dan jawatan yang disandangnya itu sekarang adalah sukarela.

“Kita jangan tamak kerana ini adalah badan sukarela, jadi saya sedang tengok bagaimana perkara ini boleh dilakukan (lepas jawatan),” katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Popov yang penyokong mahukan dari kalangan jurulatih tempatan TSAM enggan menjawab dan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan.

“Saya sedang tengok bagaimana perkara ini (lepas jawatan) boleh dilakukan di Kelantan.

Anuar menjelaskan lagi

“Jadi soalan-soalan spesifik itu jangan tanya saya dululah. Tengok pada jawatankuasa siapa pun yang akan merancang untuk musim depan sebab musim depan lambat lagi, akan bermula bulan satu, jadi tunggulah,” katanya.

Baca Juga

Baca Juga