Apa Itu Brexit Dan Kenapa Brexit Memberi Masalah Kepada Real Madrid dan Bale?

Tanggal 23 Jun 2016 rakyat Britain telah memilih untuk keluar daripada European Union (EU) yang telah disertai sejak 1973 melalui satu referendum  dan ini telah memberi masalah kepada masa depan Gareth Bale bersama Real Madrid.

EU Referendum Brexit Vote Results
Keputusan Referendum Majoriti Memilh Untuk Keluar

Menatang apakah itu Brexit?

Brexit (BRitish EXIT) ialah gelaran yang di berikan kepada golongan yang mahukan Britain keluar dari EU. Referendum ini dibuat setelah Perdana Menteri Britain David Cameron telah membuat manifesto untuk mengadakan referendum ini jika beliau menang PRU pada 2015.

EU Referendum Brexit Vote Results by Place
Undian Mengikut Kawasan

Dengan terkeluarnya Britain dari EU menyaksikan mata wang Pound Rahim Sterling jatuh teruk sejak 1985. Tidak cukup dengan itu David Cameron juga telah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada muka baru, tak macam Presiden bola negara korang.

Baca : Kenapa Tiada Great Britain FA?

EU Referendum Brexit Vote Results pound
Rahim Strerling Jatuh Teruk Sejak 1985

Jadi kebinatangan apakah kaitan diantara Brexit masa depan Gareth Bale dan Real Madrid?

BREXIT, Gareth Bale dan Real Madrid

Wales merupakan salah sebuah negara di bawah Britain dan mengikut keputusan Referendum di atas rakyat Wales juga memilih untuk keluar dari EU dan ini menjadikan Bale yang berasal dari Wales menjadi pemain berstatus Non-EU.

Peraturan La Liga hanya membenarkan hanya 3 orang sahaja pemain berstatus Non-EU dan di Real Madrid kuota pemain Non-EU telah penuh di isi oleh James Rodriguez, Danilo dan Casemiro.

Baca : Brexit : Prestij EPL Tidak Akan Terjejas

Ekoran perkara inilah memberi masalah kepada masa depan Gareth Bale bersama Real Madrid yang di laporkan bakal menawarkan kontrak baru untuk mengekalkan Bale untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun Zidane tidak perlu menyakitkan kepalanya yang botak kerana proses untuk keluar dari EU ini dilaporkan mengambil masa selama dua tahun.

P/S : Real Madrid boleh je jual  James Rodriguez, Danilo atau Casemiro.untuk bagi jalan kepada Bale. Apa ada hal?

Baca : Kesan Brexit kepada Sukan Lain

Pemain Non-EU Di La Liga

Persoalan menerpa menyebabkan artikel ini bersambung. Banyak persoalan seperti di ini ditanya

Ahmad Ridhwan Zakaria keylor navas, marcelo? mana sumber 3 player non eu saja hg dpt nie admin?

Amirul Abdullah Habis barca tu macam mana? Ada messi, neymar, dani alves, suarez semua bukan Eu. Kata limit 3 ? X faham min

Jawapannya mudah atau bodohnya di Real Madrid kuota pemain Non-EU telah penuh di isi oleh James Rodriguez, Danilo dan Casemiro jadi Navas dan Marcelo automatik la jadi pemain EU. Tapi macam mana Navas dan Marcelo mendapat status pemain EU?

danilo

Pemain yang bermain di La Liga boleh menuntut kewarganegaraan dari negara Nenek Moyang mereka berasal. Jika seorang pemain itu tidak mempunyai darah Eropah maka tidak bermakna darah mereka itu kotor. Pemain boleh memohon untuk menjadi warganegara Sepanyol dengan syarat mereka bermain di Sepanyol selama 5 tahun atau lebih.

Dalam kes Marcelo beliau telah bermain bersama Real Madrid sejak 2007 dan melebihi 5 tahun jadi beliau dikira sebagai pemain EU. Sama juga dengan Keylor Navas walaupun menyertai Real Madrid pada 2014, Navas sebelum itu telah beraksi di Sepanyol bersama Lavante dan Albacete sejak 2010.

Real Madrid mempunyai 4 pemain Non-EU iaitu James Rodriguez, Danilo, Casemiro dan Lucas Silva. Oleh kerana kuota pemain Non-EU telah penuh di isi oleh James Rodriguez, Danilo dan Casemiro maka Lucas Silva telah di pinjamkan ke Marseille.

Di Barcelona pula 3 kuota pemain Non-EU telah diambil oleh Neymar, Suarez dan Douglas. Jadi jawapan bodohnya adalah Messi dan Alves merupakan pemain EU. Tapi mengapa? Sama dengan kes Marcelo dan Navas.

Pemain Barcelona Yang Telah Di Sepanyolkan

Adriano – Mula bermain di Sepanyol pada 2005 bersama Sevilla sebelum menyertai Barcelona. Mempunyai kewarganegaraan Sepanyol.

Dani alves – Mula bermain di Sepanyol pada 2002, juga bersama Sevilla sebelum menyertai Barcelona

Lionel messi – Pelajar lulusan La masia berpindah ke Barcelona pada tahun 2000 pada umur 12 tahun. Di ikutkan Messi banyak menghabiskan sisa hidup lebih lama di Sepanyol dari Argentina.

Mascherano – Bermain bersama Barcelona sejak 2010 tidak mempunyai Kerakyatan Sepanyol tetapi mempunyai pasport Italy yang bernaung di bawah EU.

Harap Faham la yer. Tak paham tanya. Boleh aku sambung lagi.
Sumber : goal.com

Baca Juga

Baca Juga