Apa Jadi Dengan 3 Beradik Diikat Chelsea Pada 2012 dari Luton Town?

Apa sudah jadi dengan 3 pemain adik-beradik yang telah diikat oleh Chelsea pada tahun 2012 dari Luton Town yang merupakan pasangan kembar bersama abang mereka.

Chelsea sejak pandai berbelanja besar di era Roman Abramovic dan menjadi kelab paling cemerlang dalam membeli kejayaan segera tidak lupa untuk melabur kepada bakat-bakat muda berpotensi.

Pemain muda seperti Mason Mount, Reece James dan Ruben Lotftus Cheek merupakan pemain dari air tangan akademi Chelsea yang membantu kelab London itu muncul juara Champions League musim 2020/21.

Jangan pula dilupa kepada Tammy Abraham yang telah memusnah sumpahan jersi nombor 9 tetapi diseru kembali oleh Romelu Lukaku.

Sebagai kelab elit di England sukar untuk pemain muda menembusi skuad utama melainkan mereka benar-benar berbakat dan berpotensi tinggi dan dengan situasi ini juga menyaksikan ramai gagal dan dilepaskan.

Pemain berbakat yang menjadi pemain terbaik dunia hari ini, Mohamed Salah, Kevin De Bryune dan Romelu Lukaku pernah dilepaskan Chelsea selepas gagal memecah masuk kesebelasan utama dan gagal mendapat minit permainan yang cukup.

Pemain muda ini dilepaskan bagi memberi mereka peluang mencari jalan baru untuk karier bola sepak mereka.

Pada 2012 Chelsea telah mengikat 3 adik-beradik, Rio Dasilva, Cole Dasilva serta abang mereka berusia 13 tahun Jay Dasilva yang melibatkan nilai 5 angka bagi setiap seorang.

Rio Dasilva dan Cole Dasilva yang berusia 12 tahun merupakan adik-beradik kembar.

Ketua jurulatih pasukan remaja Luton Town, Gregg Broughton telah menyifatkan perjanjian itu sebagai satu perjanjian bersejarah:

“Ini adalah perjanjian bersejarah untuk melihat tiga orang bersaudara dipindahkan bersama-sama.”

“Dan kini selepas enam bulan, kami gembira kerana mereka telah menemui kelab di mana mereka akan menetap.”

Jika ketiga-tiganya berjaya mewakili pasukan utama Chelsea, nilai perjanjian itu akan meningkat kepada lebih £1 juta bagi setiap seorang.

Namunm itu tidak berlaku dan apa yang telah terjadi kepada karier tiga pemain itu dalam tempoh 10 tahun yang lalu? Di mana mereka sekarang?

Jay Dasilva

Jay Dasilva kini berusia 24 tahun seorang pemain pertahanan dan bermain untuk Bristol City dalam Liga Kejuaraan selepas mewakili England U21 sebanyak 13 kali.

Semasa di Chelsea, dia gagal menembusi untuk membuat penampilan pasukan utama tetapi berjaya memenangi Liga Belia UEFA dua kali pada 2014/15 dan 2015/16.

Dia menghabiskan satu setengah musim di Charlton dalam Liga Satu sebelum menandatangani secara tetap untuk Bristol City, selepas tempoh pinjaman tamat.

Dia membuat 36 penampilan untuk Robins dalam Liga Kejohanan musim lalu.

Cole Dasilva

Kembar Rio bertahan sedikit lebih lama di Chelsea dalam perjuangan ke pasukan utama, membuat 18 penampilan untuk pasukan Bawah 21 Chelsea, serta bermain 27 kali untuk pasukan Bawah 19 Blues.

Dia mempunyai tempoh singkat di Brentford dan Leicester sebelum berpindah ke HNK Sibenik dalam liga utama Croatia.

Pada Mac 2022, dia kembali ke England bersama kelab Liga Selatan Selatan Oxford City. Dia membuat lapan penampilan musim lalu tetapi tidak beraksi dalam kempen playoff yang tidak berjaya.

Menariknya, Cole memutuskan untuk mewakili Wales dan membuat tiga penampilan untuk pasukan U21 mereka. Cole terus berusaha meneroka perjalanan kariernya.

Rio Dasilva

Walau bagaimanapun, Rio Dasilva menempuh jalan sukar bukan saja untuk menembusi pasukan utama Chelsea malah jalan berliku menanti karier profesionalnya sebagai pemain bola sepak.

Berusia 23 tahun kini, dia meninggalkan Chelsea hanya selepas berada di peringkat U16.

Selepas bermain dengan Dunstable Town, Rio, kini berada di Bahagian Utama Liga Selatan dengan Hitchin Town – peringkat ke-7 dalam hieraki bola sepak Inggeris.

Jika diambil dari kisah kebangkitan Kante dari liga divisyen 9 dan juga Jamie Vardy seorang pekerja kilang masih ada peluang untuk Rio Dasilva kembali ke liga teratas.

BACA:  Chelsea Telah Menyingkirkan Tiga Pemain Dari Skuad Utama Dan Menyuruh Mereka Mencari Majikan Baru