Kekalahan memalukan Chelsea kepada Manchester City telah menimbulkan persoalan besar, apa sudah jadi dengan skuad Jose Mourinho selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lepas? Penyingkiran Eva Caneiro memakan diri an memalukan Chelsea?
John Terry Branislav Ivanovic, Gary Cahill dan Azpilicueta Off Form
Ketika perlawanan pertama menentang Swansea di Stamford Bridge, gandingan Eden Hazard, Diego Costa dan Fabregas gagal menyerlah.
Benteng pertahanan yang diterajui kapten pasukan John Terry sering kali berdepan masalah gagal mengawal pergerak Bafetimbi Gomis.
Perkara sama berulang apabila pemain pertahanan Branislav Ivanovic, Gary Cahill dan Azpilicueta tidak mampu mengawal pergerakan penyerang Man City Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Jesus Navas.
Eva Tiada Di Pasukan Perubatan
Setelah keputusan seri minggu lalu, Eva Carneiro tidak di benarkan untuk berkhidmat semasa hari perlawanan dan latihan. Dalam perlawanan semalam Costa dan Cahill telah mengalami kecederaan.
Lebih ironik, ketika perlawanan berlangsung Diego Costa telah dirawat dengan bantuan physio Man City ekoran tidak cukup physio sendiri.
Keputusan Mourinho dengan menyingkir Eva seolah-olah memakan diri sendiri dan lebih memalukan Physio Man City terpaksa membantu.
Penyerang Chelsea Tidak Menemui Rentak
Sebaik tamat perlawanan, Chelsea mengumumkan pembelian terbaru Baba Rahman dari FC Augsburg.
Walaubagaimanapun, masalah utama Chelsea musim ini bukan berkisar kepada pertahanan yang tidak mampu mengejar pemain yang laju bahkan pemain penyerang sedia ada turut gagal menghadirkan ancaman dikubu lawan.
Penjaring terbanyak Chelsea musim lepas dengan 20 gol, Diego Costa masih tidak memperlihatkan sentuhan musim lepas tatkala sibuk bermain secara kasar diatas padang.
Penyerang Colombia Radamel Falcao pula masih dengan aksi terumbang-ambing sepertimana musim lepas ketika bersama Manchester United.
Ramai yang berpendapat Falcao sudah melepasi tahap terbaiknya ketika bersama Atletico Madrid.
Loic Remy mampu menghadirkan jawapan namun penyerang Perancis itu perlu bermain secara pasangan di bahagian depan sekaligus bercanggah dengan taktikal Mourinho yang lebih gemar meletakkan seorang “target man” atau “lone striker”.
Jelas, Mourinho perlu bingkas menyelesaikan permasalahan ini sekiranya mahu kembali meletakkan Chelsea dalam landasan mencabar kejuaraan.
Baca : Mourinho Menganggap Kemenangan 3-0 City Ke Atas Chelsea Adalah Palsu
sumber- Stadium Astro