Apa Sudah Jadi Dengan Son Heung Min?

Apa sudah jadi dengan Son Heung Min? Pemenang kasut emas bersama Mohamed Salah musim 2021/22 dengan 23 jaringan kini seperti sudah menghilang dari radar kehebatannya bersama Tottenham Hotspur.

Tottenham Hotspur kini mengharungi tujuh kekalahan dalam 14 perlawanan terakhir mereka dan tiada siapa yang menggambarkan masalah kelab musim ini lebih daripada pemain Korea Selatan itu.

Hampir mustahil untuk mempercayai bahawa peminat Tottenham kini dengan senang hati akan menggugurkan pemain kesayangan kelab itu dari hati mereka, Son Heung Min hanya menjaringkan empat gol dalam 18 perlawanan.

Selepas bertahun-tahun mempamerkan prestasi terbaik dan dianggap secara meluas sebagai pemain yang paling diremehkan dalam Liga Perdana, peminat kini tertanya-tanya bagaimana keadaan telah menjadi sangat tidak kena.

Son baru-baru ini pulih daripada patah soket mata, yang turut menjejaskan prestasinya semasa Piala Dunia untuk Korea Selatan. Tetapi sudah ada persoalan yang ditimbulkan mengenai persembahannya hanya beberapa perlawanan ke musim ini.

Sesuatu yang jelas sekarang seperti pada permulaan kempen ialah pemain berusia 30 tahun itu telah kehilangan sentuhan penyudahnya. Musim lalu, segala yang disentuhnya seolah-olah bertukar menjadi gol.

Dia mempunyai kadar penukaran percubaan (shot conversion rate) yang menakjubkan sebanyak 26.7% dengan menjaringkan 23 daripada 86 percbaan yang dia lakukan – yang terbaik daripada mana-mana pemain yang mencuba 20 percubaan sepanjang musim 2021-22.

Dengan menjaringkan 23 gol, dia juga melepasi kadar gol yang dijangka (xG), iaitu 15.82. Angka-angka tersebut telah berubah sepenuhnya semasa musim 2022-23 setakat ini.

Musim ini, Son mempunyai kadar penukaran yang sedikit iaitu sebanyak 8.2% dengan empat gol dalam 49 percubaan. Gol dan bantuannya setiap 90 minit telah mengalami kejatuhan besar-besaran daripada 0.89 kepada 0.36, walaupun gol jangkaannya sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang dia telah jaringkan dengan 4.87.

Semua ini berlaku walaupun pemain antarabangsa Korea Selatan itu mencatatkan purata lebih banyak percubaan dalam setiap perlawanan (3) berbanding musim lalu (2.7). Bagaimanapun, ini harus diimbangi dengan fakta dia hanya mempunyai purata 0.36 peluang besar musim ini berbanding 0.89 yang lalu.

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemerosotan Son Heung Min antaranya ‘Burn Out’ seperti mana yang dialami oleh pemain Liverpool yang musim lalu bermain di semua kejohanan sehingga ke final.

Di cuti rehat musim panas, Son telah beraksi bersama Korea Selatan setiap minit perlawanan persahabatan dari 2 Jun sehingga 14 Jun dan pada 14 Julai dia kembali ke latihan pra musim bersama Spurs.

Son Heung Min hanya menjaringkan gol dalam dua perlawanan sahaja musim ini di Premier League, hatrik dalam tempoh 14 minit ketika membelasah Leicester City 6-2 dan satu menentang Crystal Palace.

Faktor lain yang membawa kepada kejatuhan prestasi Son Heung Min adalah Ivan Perisic yang tidak cocok beraksi bersama pemain Korea Selatan itu yang hampir mempunyai gaya yang hampir sama.

Ivan Perisic yang gemar untuk naik dan menyerang kadang kala memasuki ruang yang disukai oleh Son dan menyebabkan Son terpaksa masuk ke ruang yang lebih padat atau hanya berada di belakang Perisic.

Kurang keyakinan diri juga antara faktornya dan hanya menjadi lebih buruk prestasinya dari satu perlawanan demi satu perlawanan, seperti mana terjadi kepada Manchester United yang hampir satu pasukan tidak pandai bermain bola sebelum dipulihkan Erik Ten Hag.

Ketika ini penurunan prestasi Son Heung Min bukanlah dari segi gol dan assist sahaja, sebelum ini Son dikenali sebagai pembawa bola (ball carrier) dan pembekal kepada jaringan dan perkara itu juga sudah menurun dan hampir hilang.

Jumlah peluang yang diciptanya telah menurun daripada 2.2 kepada 1.9 setiap perlawanan. Jumlah menggelecek yang berjaya juga telah merosot daripada 1.5 kepada 0.79.

Berdasarkan dua statistik ini menunjukkan, Son Heung Min berada diprestasi terendahnya bersama Spurs dalam tempoh tujuh musim dan telah memberi kesan kepada gandingannya bersama Harry Kane.

Mujurlah walaupun terkesan dengan kemerosotan Son dari segio gandingan, Harry Kane masih lagi diprestasi mencapai piawaiannya dengan meledak 15 gol di Premier League, kedua terbanyak di belakang Erling Haaland yang tidak dapat dibendung lagi.

BACA:  Tottenham & Korea Selatan Capai Persetujuan Lepaskan Son Untuk Sukan Asia Indonesia