Apa Sudah Jadi Dengan Stadium Perak?

Rata-rata peminat pasukan Perak hari ini terkejut dan sedih di atas berita penutupan Stadium Perak setelah diumumkan semalam, ditambah kejutan pengumuman Stadium Shah Alam sebagai venue ganti “Home” baru pasukan Perak.

1. Berita hari jumaat kadang kala memberi trauma kepada kami para peminat pasukan Perak. Pada jumaat terdahulu, pemecatan Weigang, jumaat seterusnya berita pemergian Arwah Raja Ahmad.Jumaat hari ini dikejutkan venue “home” Stadium Shah Alam.

2. Pada 13 Julai, FLMMP telah mengutus surat kepada PAFA untuk penutupan sementara stadium Ipoh selepas habis perlawanan PKNP bagi tujuan baik pulih padang. Apa sebenarnya masalah padang?.

3. Padang kita berada dalam kondisi yang teruk. Andai dapat anda perhatikan pada perlawanan menentang Selangor. Pasir ditambak pada lapisan atas. Dan yang menariknya, dicover dengan serbuk pewarna hijau. Ya, serbuk pewarna.

4. Pada pendapat saya, pasir dan pewarna adalah tindakan untuk sementara. Peluang harus diberikan. Namun langkah keselamatan harus diambil,risiko kecederaan kepada pemain.

5. Kita diberikan peluang seminggu untuk memperbaiki padang. Seminggu bersamaan 168 jam. DBI harus melakukan sesuatu.

6. Namun,semalam kami dimaklumkan bahawa stadium Ipoh gagal melepasi standard FLMMP. Secara tidak langsung, venue baru harus dicari.

7. Juga kami dimaklumkan, konsep ‘ pasir dan pewarna’ masih dikekalkan. Apa yang DBI buat selama seminggu ini ? atau lebih tepat, kontraktor yang di pilih menyelenggara buat apa?. Seminggu kalau ada orang pergi umrah, dah boleh balik.

8.Kecewa sebenar-benarnya kecewa bila terbaca berita hari ini mengenai Dato Bandar merancang persiapan untuk SUKMA 2018. Benda mudah yang terdekat pun gagal untuk tangani apatah lagi nak sembang pasal 2018. Come on la.

9. Stadium Ipoh ialah venue penting bagi semua peminat pasukan Perak, sudah jadi kartun apabila ” home” bermain di negeri luar.

10. Kami juga dimaklumkan Stadium Lumut gagal berikutan masalah pencahayaan. Sebagai badan pengelola, FLMMP juga sepatutnya membantu dengan memberi cadangan stadium lain atau menunda perlawanan. Kesannya, pasukan tuan rumah jadi kelam kabut mencari venue ganti. Sudahnya Stadium Shah Alam.

11. Faktor peminat harus diambil kira, apabila kelewatan pengumuman venue, para peminat dari Perak mengalami masalah logistik. Perkara persiapan minit akhir ini benar-benar mengecewakan seluruh peminat Perak.Kecewa!

12. Stadium Shah Alam sebagai pilihan. Bersyukurlah kita dapat venue dan kredit harus diberikan kepada Tuan Pengurus dan team pengurusan perlawanan, bak kata lagu Queen, Show must go on. Jika tidak kita akan kehilangan mata.

13. Faktor keselamatan pemain di padang dan keselamatan penonton di Stadium Shah Alam harus kita ambil kira dalam perlawanan malam besok. Kita sedia maklum bahawa Stadium Shah Alam pada kondisi sekarang dalam keadaan kurang baik. Padang berlopak dan air akan bertakung sekiranya hujan. Bumbung yang tercabut sekira angin kuat. Diharap semuanya berhati-hati.

14. Diharap isu ini diambil serius supaya venue dalam negeri Perak dapat digunakan secepat mungkin.

#perakmania

Baca Juga

Baca Juga