Apakah Punca Kepada Terjadinya Undian Semula UCL?

Oleh kerana kebosanan melanda, penulis cuba buat pandai dalam menerangkan punca terjadinya undian semula untuk kejohanan UEFA Champions League Round of 16.

Undian semula telah membuatkan Bayern Munich dan Benfica tersenyum lebar, Real Madrid menangistak berlagu mungkin itu juga dirasai oleh Liverpool, Inter Milan dan PSG.

Semoga korang faham cubaan palatao dari penulis.

Bagaimana undian dilakukan?

1. Undian membabitkan 16 pasukan dibahagikan kepada dua pot yang terdiri daripada terdiri daripada 8 juara kumpulan (pasukan pilihan/seeded teams) dan satu lagi terdiri daripada 8 naib juara kumpulan (pasukan bukan pilihan/unseeded teams).

2. Tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan dan tidak akan diundi bersama.

3. Tiada pasukan dari FA yang sama akan bertemu. Contohnya pasukan dari England tidak akan bertemu sesama mereka.

4. Pasukan juara kumpulan akan bermain ditempat lawan pada perlawanan pertama sebelum bermain dilaman sendiri pada perlawanan kedua.

5. Pasukan naib juara kumpulan (pasukan bukan pilihan/unseeded teams) terlebih dahulu akan dicabut undian sebelum lawan dari juara kumpulan (pasukan pilihan/seeded teams) diundi.

Menurut gambar dibawah, mangkuk yang banyak-banyak diatas meja itu adalah mangkuk naib juara, mangkuk utama dan mangkuk juara kumpulan.

Mangkuk naib juara: Semua pasukan naib juara kumpulan (pasukan bukan pilihan/unseeded teams) berada dalam mangkuk ini.

Mangkuk juara kumpulan: Mangkuk juara kumpulan terdiri daripada 8 mangkuk berasingan yang diisi dengan bola undian pasukan juara kumpulan (pasukan pilihan/seeded teams).

Mangkuk utama: Mangkuk utama akan diisi dengan bola undian yang diambil dari mangkuk juara kumpulan selepas menepati syarat 2 dan 3 seperti di atas.

Berdasarkan gambar diatas ada tiga watak yang terlibat dalam undian iaitu Pakcik, Arshavin dan Pembantu.

Pakcik: Tugas Pakcik memulakan undian dengan mencabut undian pasukan dari mangkuk naib juara

Pembantu: Tugas pembantu pula akan mengambil bola undian pasukan yang menepati syarat menjadi lawan dari mangkuk juara kumpulan dan diletakkan dalam mangkuk utama.

Arshavin: Tugas Arshavin adala mencabut undian dalam mangkuk utama selepas pembantu memasukkan bola undian kemudian tersengih sahaja.

Adakah pembantu yang salah kerana main taram aje dalam memilih bola undian?

Pembantu tidak salah kerana beliau memilih bola undian untuk diletakkan di mangkuk utama berdasarkan paparan yang tertera di perisian yang digunakan oleh UEFA.

Mana larat pembantu nak hafal semua. Perkara ini telah diakui sendiri dalam satu kenyataan rasmi dari UEFA yang mengakui terjadinya masalah teknikal.

“Berikutan daripada masalah teknikal dengan perisian daripada pembekal luar yang memberikan arahan kepada para pegawai tentang pasukan manakah yang layak untuk bermain sesama mereka, membawa kepada ralat material dalam undian Liga Juara-Juara UEFA pusingan 16-pasukan.”

Apakah punca Undian Semula? Terdapat tiga kecurangan yang menjadi punca kepada undian semula.

1. Manchester United Diundi Bertemu Villareal

Kecurangan telah terjadi apabila Villarreal telah diundi bertemu Manchester United, di mana bola yang mengandungi kertas tertera nama Manchester United DIMASUKKAN di dalam mangkuk yang akan dipilih oleh Arshavin.

Ini bermakna Manchester United telah dimasukkan untuk undian bagi Villareal yang sepatutnya tidak boleh dimasukkan dan melanggar peraturan kerana tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan.

Lebih teruk apabila Villarreal telah diundi bertemu Manchester United. Suatu situasi yang tidak boleh terjadi berdasarkan peraturan yang telah dibuat oleh UEFA sendiri.

Pada ketika ini sepatutnya undian telah dibatalkan dan undian semula terus dilakukan pada waktu itu juga. Namun diteruskan juga dan dua kesilapan lagi terjadi.

2. Liverpool Dimasukan Untuk Undian Atletico Madrid

Kecurangan kedua adalah ketika undian dilakukan untuk Atletico Madrid, di mana bola yang mengandungi kertas tertera nama Liverpool DIMASUKKAN di dalam mangkuk yang akan dipilih oleh Arshavin.

Ini bermakna Liverpool telah dimasukkan untuk undian bagi Villareal yang sepatutnya tidak boleh dimasukkan dan tetap melanggar walaupun Atletico Madrid diundi bertemu Bayern Munich.

Sekali lagi melanggar peraturan yang sama kerana tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan.

3. Manchester United Tidak Dimasukkan Untuk Undian Atletico Madrid

Kecurangan ketiga adalah ketika undian dilakukan untuk Atletico Madrid juga, di mana bola yang mengandungi kertas tertera nama Manchester United TIDAK DIMASUKKAN di dalam mangkuk yang akan dipilih oleh Arshavin.

Ini satu kesilapan teknikal yang fatal, kerana Manchester United adalah pasukan yang mencukupi syarat untuk diundi bertemu Atletico Madrid namun tidak disertakan sekali.

Liverpool yang tidak boleh diundi bertemu Atletico Madrid pula dimasukkan.

BACA:  Keputusan Sebenar Undian Semula Champions League 2021/22 Round of 16