Arab Saudi Haramkan Jersi Barcelona Jika Ingkar Penjara Dan Denda

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman telah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Qatar kerana didakwa menyokong individu dan kumpulan pengganas, ekoran isu ini jersi Barcelona menjadi mangsa.

Arab Saudi telah mengharamkan pemakaian jersi Barcelona yang tertera nama penaja mereka yang merupakan sebuah syarikat penerbangan dari Qatar iaitu ‘QATAR AIRWAYS’. Jika memakai jersi ini di Arab Saudi individu terbabit bakal menerima hukuman :

1. Penjara selama 15 tahun dan
2. Denda sebanyak-banyaknya RM652,162.50 (£120,000).

Ketegangan di dunia Arab telah menyaksikan Arab Saudi memboikot semua entiti dari Qatar. Jika anda peminat Barcelona dan berada di Arab Saudi janganlah gatal gelebek untuk memakai jersi yang tertera ‘Qatar Airways’.

Jersi Ini Yang Diharamkan

Barcelona telah ditaja oleh Qatar Airways sejak empat musim yang lalu tetapi mereka telah mencapai perjanjian baru selama empat tahun bersama Rakuten yang merupakan sebuah syarikar Peruncit Atas Talian dari Jepun yang bermula musim 2017/18.

Penaja Baru Barca

Pada musim panas yang lalu terdapat sekumpulan penyokong Barcelona menyarankan kepada kelab supaya memutuskan dengan Qatar, di mana satu petisyen telah dibuat dan lebih 60 000 orang telah menandatangi petisyen tersebut.

Sumber : Daily Mail

Baca Juga

Baca Juga