Arjen Robben Umum Persaraan Diusia 35 Tahun

Seperti yang diketahui kebanyakan peminat bola sepak, Arjen Robben sudah pun mengumumkan persaraannya daripada mewakili pasukan kebangsaan Belanda pada usia 33 tahun. Robben pun tidaklah semakin muda dan detik persaraannya daripada sukan nombor satu dunia ini juga telah tiba.

Selepas dua tahun bersara daripada bola sepak bersama pasukan Belanda, kini diusia 35 tahun pemain sayap yang tidak bersayap ini telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional secara rasmi.

Arjen Robben telah bermain bola sepak selama dua dekad lamanya di Eropah bersama pasukan hebat dan handal belaka iaitu Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich.

Pemain kacak bergaya ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai persaraannya.

“Aku telah banyak berfikir sejak beberapa minggu lalu. Seperti semua tahu, aku secara telah mengambil masa untuk membuat keputusan mengenai masa depan aku selepas perlawanan terakhir Bayern Munich.”

“Aku telah membuat keputusan untuk mengakhiri kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.”

“Tanpa keraguan ini merupakan keputusan paling sukar pernah aku lakukan sepanjang karier. Satu keputusan yang menyebabkan hati dan fikiran belanggar.”

“Kecintaan terhadapa permainan ini dan keyakinan bahawa kau masih boleh mengawal dunia sangat bertentangan dengan realiti di mana bukan semua benda berlaku seperti apa yang kau mahu dan kau bukan lagi budak berusia 16 tahun yang tidak mengenal erti kecederaan.”

“Buat masa ini aku cergas dan sihat, sebagai peminat sukan yang lain aku mahu tetapkan jalan ini untuk masa depan. Keputusan ini muktamad dan inilah jalan terbaik.”

Robben merupakan pemain yang segar dari ladang merupakan hasil terbaik pernah di keluarkan oleh Groningen melalui sistem belia. Debut Robben bersama Groningen ketika berusia 16 tahun dan Robben tidak perlu menunggu lama untuk menjadi pemain utama.

Aksi pada musim kedua mengesahkan bakat yang ada pada Robben menyebabkan Robben disambar PSV pada musim panas 2002 selepas membuat 46 penampilan dan menjulang trofi Eredivise pada usia 21 tahun yang merupakan trofi pertama dalam kariernya.

Dari PSV Robben disambar pula gergasi Eropah yang dalam pembikinan ketika itu iaitu Chelsea dan sempat mengecap kejayaan lalu membawa Chelsea menjadi pasukan dikenali dunia sebelum menyertai Real Madrid pada 2007.

Walaupun hanya 3 musim di Stamford Bridge, Robben menjadi pemain kesayangan peminat dan telah memenangi dua gelaran Premier League, FA Cup dan League Cup.

Hanya dua musim sahaja Robben bermain di Real Madrid dan telah memenangai satu gelaran La Liga sebelum menghabiskan masa sedekad bersama Bayern Munich sehinggalah bersara.

Robben mempunyai masalah mudah tercedera, rapuh seperti hati kau yang mudah koyak namun selepas menyertai Bayern Munich masalah ini dapat diatasi membolehkan Robben meraih banyak kejayaan di bersama Bayern

Di Bayern Munich Robben memenangi 8 gelaran Bundesliga, 5 Piala Jerman(DFB Pokal) dan Champions League.

Inilah statistik sepanjang karier Robben :

Perlawanan : 620
Gol : 210
Bantuan Gol : 162
Caps : 96
Trofi : 28

Baca Juga

Baca Juga