Arsenal Akhirnya Berarak: Ini Pride Of London Sebenar, Kata Peminat

Tindakan Arsenal membuat raptai perarakan sebelum ini ternyata boleh digunakan pada acara lain.

Sebelum ini Arsenal sudah membuat raptai dan juga perancangan perarakan sekitar bandar London untuk perarakan piala jika mereka menang EPL.

Malangnya perarakan itu dibatalkan akibat kegagalan Arsenal juara. Dan pasukan 115 pertuduhan menang Liga pada hari terakhir.

Arsenal benar benar hampa dengan kegagalan tersebut. Kerana semua orang sudah melakukan rehearsal untuk menyambut piala dan kelab pun sudah umumkan tentang tentatif program di sekitar jalanraya utama di London.

Ketika peminat pasukan lain mentertawakan Arsenal bahawa mereka buat benda sia sia. Sebenarnya setiap ilmu itu boleh digunakan di tempat dan keadaan tertentu yang sesuai.

Terbaru Arsenal membuat perarakan ‘Bangga’ di sekitar Bandar London. Maka ilmu berarak sebelum ini diletakkan di tempat yang betul.

Ianya solidariti buat geng pedang Arsenal yang setia bersama kelab itu. Arsenal menyatakan bahawa mereka sudah lama terlibat dalam program ini sebagai tanda mereka menghargai kelompok ini.

Arsenal dalam kenyataannya menyatakan mereka bangga dengan komuniti huruf huruf ini yang kini sudah berusia 10 tahun. Persatuan itu sudah ada lebih 1,600 ahli berdaftar yang disebut G-@-y Gooners.

Perarakan di sekitar bandar London itu diramalkan disertai kira kira 32,000 orang.

Peminat Arsenal menyambut baik dan menyatakan ini adalah satu satunya perarakan yang mereka boleh buat ketika ini.

Yang lain menyatakan inilah Price of London sebenar. Dan banyak lagi yang menyokong perarakan itu.

Ada juga yang kurang berkenan dengan perkara seperti ini. Kerana menurut mereka Arsenal harus fokus kepada bola sepak dan bukannya benda seperti ini.

Selain itu ada juga yang meminta program ini dihentikan di masa akan datang kerana tidak membawa faedah atau memberikan piala kepada kelab pun.

Yang lain menyindir: “Bayangkan semua penyokong Arsenal itu g—@—y. Macamana komuniti ini nak terus berkembang kerana tiada lahirnya penyambung legasi.”

Ianya turut disambut dengan komen menyatakan kalau semua orang mengunyit maka tak adalah lahir pemain bola sepak baharu yang berbakat di masa depan.

BACA:  Pelbagai Aksi Kelakar Pasukan Arsenal Ketika Tewas Kepada Hibernian