Arsenal Akhirnya Berjaya Tundukkan Liverpool

Perlawanan tumpuan minggu ini pastinya pertembungan antara Arsenal dan Liverpool di stadium Emirates yang merupakan pertemuan kedua Premier League bagi musim 2023/24 di mana perlawanan pertama berakhir dengan seri 1-1.

Pada awal tahun 2024, Liverpool telah menunjukkan Arsenal jalan keluar dari saingan Piala FA dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan yang sepatutnya dimenangi Mikel Artera dan anak buahnya namun deretan peluang keemasan dibazirkan.

Skrip sama diulangi Arsenal dalam perlawanan berlangsung di Stadium Emirates apabila tampak garang dengan terus menekan Liverpool dari awal permainan lagi, sepertinya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.

Bukayo Saka terlepas peluang terbaik apabila gagal menanduk hantaran lintang cantik Gabriel Martinelli selepas dikawal ketat oleh Joe Gomez.

Pada minit ke-14, Martin Odegaard melakukan satu lorongan dan hantaran sangat genius membelah pertahanan Liverpool disusuli larian bijak Kai Havertz untuk situasi satu lawan satu berdepan Alisson Becker.

Penjaga gol terhebat di alam semesta berjaya menafikan peluang keemasan Kai Havertz dengan hadangan berkelas dunia, malangnya bola tiba di kaki Bukayo Saka yang terus melakukan rembatan kencang ke gawang terbuka.

Permainan terus menjadi milik Arsenal yang terus membazirkan peluang untuk meraih kedudukkan lebih selesa. Trent Arlexander Arnold gagal untuk mengekang Gabriel Martinelli yang lain macam liarnya.

Selepas itu Liverpool perlahan-lahan mula mengimbangi rentak Arsenal dan menguasia peratusan penguasaan perlawanan tetapi tidak dari segi percubaan.

Sepanjang 45 minit pertama Liverpool hanya melakukan dua percubaan tanpa sebarang percubaam tepat berbanding Arsenal hadir dengan 6 percubaan dengan 4 percubaan tepat dihasilkan.

Di masa kecederaan akhirnya Arsenal dihukum kerana tidak mahu memanfaatkan peluang walaupun Ibrahima Konate dan Virgil Van Dijk barai teruk, lambungan Cody Gakpo berjaya menemui Luis Diaz, William Saliba terkemut-kemut untuk melindungi bola.

Diaz rebah namun sempat menendang bola yang terkena tangan Gabriel Maghalaes lalu bola tertampan ke gawang sendiri untuk gol sendiri sebelum berhenti rehat. Liverpool masih tanpa percubaan tepat tapi mempunyai satu gol.

Bersambung permainan Liverpool terus garang dengan menhadirkan bahaya, percubaan Diaz berjaya dihadang Ben White. Kemudian Alexis Mac Alisster pula mencuba dengan rembatan jarak jauh yang sedikit tersasar.

Curtis Jones pula datang dengan percubaan lencong. Kurang tiga minit tiga percubaan bahaya dihadirkan Liverpool yang pastinya memberi tekanan kepada Arsenal.

Minit ke-53, akhirnya Arsenal membalas melalui percubaan Odegaard yang sipi-sipi ke tepi tiang untuk sepakan penjuru pertama mereka dalam perlawanan ini.

Arsenal kembali meneutralkan kegarangan Liverpool dan pada minit ke-67, Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal kembali di depan selepas Virgil Van Dijk melakukan aksi dungu.

Semua berpunca dari hantaran gelembung buaya yang terus dikejar Martinelli dan Van Dijk menjadi gelabah lalu mempamerkan aksi dungu. Alisson keluar untuk mengeluarkan bola namun terhalang dengan Vam Dijk. Bola di kaki Martinelli dengan gawang terbuka dan satu tolakan mudah cukup untuk gol kedua.

Arsenal semakin yakin, Martinelli dan Saka dikeluarkan Lenadro Trossard dan Reiss Nelson masuk. Dengan lima minit berbaki tiada tanda dari Liverpool untuk bangkit.

Situasi bertambah buruk selepasIbrahima Konate mengutip kad kuning kedua membawa kepada kad merah selepas mengasari Kai Havertz dan Arsenal pastinya tidak akan membazirkan peluang untuk tiga mata.

Arsenal terus membunuh perlawanan dengan gol ketiga dari Trossard yang melakukan larian solo dari kiri dan meletakkan bola ke celah kangkang Alisson. Memalukan.

Pengadil meniup wisel penamat untuk kemenangan kepada Arsenal.

Kesebelasan Utama Arsenal vs Liverpool

Arsenal (possible 4-2-1-3) Raya; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Jorginho, Rice; Odegaard; Saka, Havertz, Martinelli.

Simpanan: Ramsdale, Smith Rowe, Nketiah, Kiwior, Cedric, Trossard, Nelson, Elneny, Walters.

Liverpool (possible 4-1-2-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Gomez; Gravenberch, Mac Allister, Jones; Gakpo, Jota, Diaz.

Simpanan: Thiago, Nunez, Adrian, Elliott, Robertson, Clark, McConnell, Kelleher, Quansah.

Pengadil: Anthony Taylor (Cheshire).

Baca Juga

Baca Juga