Satu video muncul telah muncul secara tiba-tiba semalam menunjukkan beberapa pemain utama Arsenal sedang menghidu gas ‘Nitrous oxide’ di sebuah kelab malam.
Kejadian tersebut berlaku sekitar Ogos lalu, menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City.
Beberapa pemain Arsenal hadir dalam satu majlis ‘vodka dan champaigne’ tertutup yang diadakan di bilik VIP di West End Nightclub.
Video yang dimuat naik oleh The Sun itu menunjukkan Mesut Ozil, Alexander Lacazette, Pierre-Emerick Aubemang, Sead Kolasinac dan Matteo Guendouzi menghidu gas tersebut, yang lebih dikenali sebagai ‘laughing gas’.
Gas tersebut bukanlah haram untuk dimiliki tetapi ia mampu menjejaskan kesihatan sesiapa yang menghidunya.
Tomorrow's front page: Arsenal footie aces filmed passing out in hippy crack club binge https://t.co/PceqgxhQJD pic.twitter.com/Wo0DW6BLwT
— The Sun (@TheSun) December 6, 2018
‘Nitrous Oxide’ merupakan gas yang boleh didapati secara sah, tetapi haram apabila ia dijual atau diberikan kepada orang lain.
Ia mampu memberikan perasaan ‘tenang’ kepada mereka yang menghidunya selain membuatkan anda senang ketawa. Sebab itulah gas tersebut mendapat jolokan ‘laughing gas’.
Namun begitu, gas ini mampu memberikan kesan buruk kepada mereka yang menghidunya. Ia mampu membuatkan anda mengalami pening kepala dan paling teruk paranoia.
Arsenal players been caught doing balloons ffs what a club pic.twitter.com/c2WJPTqQ8H
— Harry? (@harryhipperson) December 6, 2018
Berikutan penyebaran video beberapa pemain utama Arsenal menghidu gas tersebut, Arsenal telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dan akan bercakap dengan mereka yang terlibat mengenai tanggungjawab mereka sebagai pemain.
“Kami akan bercakap dengan pemain yang terlibat mengenai isu ini dan mengingatkan mereka mengenai tanggungjawab sebagai wakil kepada kelab ini.”
#Breaking Arsenal players involved in inhaling nitrous oxide at a nightclub over the summer will be “reminded of their responsibilities as representatives of the club”, a Gunners spokesman said #AFC pic.twitter.com/BL6MbUVZkU
— PA Dugout (@PAdugout) December 7, 2018
Shkodran Mustafi dan Kolasinac juga dirakam meletakkan belon di mulut mereka manakala Henrikh Mkhirtaryan yang turut berada di tempat kejadian, tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ini bukanlah kali pertama insiden ini berlaku. Pemain seperti Kyle Walker dan Raheem Sterling juga pernah dirakam kamera melakukan perkara yang sama dan masing-masing telah diberikan amaran oleh pihak kelab.
Insiden ini nyata memberikan kesan buruk kepada Arsenal selepas mereka tewas dalam dua perlawanan awal Liga Perdan Inggeris musim ini di tangan Manchester City dan Chelsea.
Namun begitu, sejak kekalahan kepada Chelsea, Arsenal tidak pernah tewas sebanyak 20 perlawanan berturut-turut dan kini mereka berada di tangga ke-5 liga.