Arsenal Berjaya Selesaikan Upacara Tahunan Di Anfield

Liverpool menentang Arsenal sentiasa menjadi pertemuan yang dinantikan semua orang. Arsenal melakukan persiapan rapi sepanjang minggu ini.

Pertahanan kebal mereka, Sokratis Punyapayahnakeja menyatakan serangan Liverpool mudah sahaja untuk dipatahkan kalau nak dibandingkan dengan serangan Burnley.

Sokratis menyatakan beliau lebih suka bermain berhadapan dengan penyerang yang laju berbanding penyerang keras di Burnley.

Ya tuan-tuan, sebagai rekod, dalam perlawanan ke-2 EPL musim 2019/20, hanya pasukan Arsenal yang berjaya menewaskan Burnley di planet bumi.

Unai Emery, lelaki Sepanyol, bernama Turki, berwajah Loki pasti terkejut dengan kenyataan itu. Mana tidaknya, Unai Emery pula awal-awal dah cakap tak nak lawan Liverpool. Namun permohonan beliau tidak dilayan pihak penganjur.

Belum pun reda orang ketawa riang mendengar kenyataan Sokratis dan Loki, giliran Aubameyang pula mengiktiraf serangan Arsenal setaraf trio serangan Liverpool.

“Aku dan Pepe sama seperti Mane dan Salah, yang laju. Lacazette pula ibarat Firmino,” jelas Aubameyang, jejaka yang suka menayangkan keretanya kalau tak ada kerja nak buat.

Aubameyang melaungkan semboyan bahawa kehadiran mereka kali ini adalah untuk membalas dendam.

Para penyokong Manchester United menambah air mereka di kedai mamak selepas dimalukan pasukan Crystal Palace. Sambil mengenang kejayaan menang 4-0 ke atas Chelsea. Mereka mulai menyatakan sokongan terbuka kepada Arsenal.

Akibat tidak berpuas hati diarahkan menentang Liverpool minggu ini, Unai Emery dengan David Luiz membuatkan beliau menurunkan 2 orang David Luiz di atas padang. Nicolas Pepe diberikan starting 11 buat pertama kali.

Di bahagian pertahanan Unai Emery menurunkan Maitland Niles dan Nacho Monreal, itu sudah cukup menunjukkan usaha Loki mahu memboikot perlawanan. Aubameyang kecewa selepas hanya melihat Lacazette dibangku simpanan.

Liverpool, pasukan yang dicerca kerana tak mampu menang 4-0 menentang Chelsea, menurunkan kesebelasan terbaik mereka, cuma tiada Alisson yang cedera.

Arsenal bermula dengan taktikal terus parking bas. Penyokong Arsenal sudah mulai menunjukkan riak wajah kecewa. Tetapi penyokong separuh masa Arsenal dengan jersi bertatahkan jenama tandas, pula gembira. Kerana mereka telah banyak kali mengecewakan Liverpool dengan taktikal parking bas itu pada era Mourinho.

Nicolas Pepe dan Aubameyang memiliki peluang gol pada separuh masa pertama dengan sistem permainan bercorakkan counter attack. Namun malangnya tidak dapat disudahkan.

Jeritan kuat kedengaran di kedai mamak setiap kali Arsenal melakukan percubaan gol. Maklumlah baru menerima saudara baru sebagai penyokong.

Pada situasi sepakan penjuru, Liverpool di hadapan. Pertahanan yang menyatakan Liverpool lebih mudah daripada Burnley, Sokratis ditewaskan Matip.

Bijak juga Liverpool. Disebabkan kehebatan Sokratis mengawal penyerang mereka, Liverpool hantar pemain pertahanan pula.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Masuk separuh masa kedua, David Luiz tanpa berlengah terus membuat kelakar dengan menarik baju Mohamed Salah. Penalti dihadiahkan.

Unai Emery selepas perlawanan menyatakan penalti itu tidak patut. Pastinya Unai kecewa kerana David Luiz bakal menjadi kecaman ramai selepas ini.

Mohamed Salah memastikan beliau menyempurnakan penalti itu tanpa terkena tiang. Lihat gelagat penyokong Arsenal yang turut berkongsi kegembiraan dengan gol Salah.

Para penyokong Arsenal mulai resah bersama-sama dengan penyokong pasukan yang ajak Chelsea repeat.

Di bahagian tengah, pemain yang dikatakan world class, Dani Ceballos hanya mampu menjadi Ceplos. Pemain yang melakukan crossing tepat kepada Sadio Mane di dalam kotak penalti.

Inilah keyakinan penyokong Arsenal sebelum perlawanan. Ianya gara-gara aksi cemerlang Ceballos menentang Burnley.

Mohamed Salah sekali lagi mengayamkan David Luiz untuk gol ke-3.

Jurgen Klopp kemudian mengarahkan para pemainnya memberikan Arsenal hadiah sagu hati. Ini bagi memastikan Arsenal tidak terlalu kecewa dengan ada beberapa budak-budak PLKN dalam pasukan mereka seperti Willock dan sebagainya.

Selepas tamat perlawanan, para penyokong tetap Arsenal meraikan kejayaan Piala Menggelecek Van Dijk yang berjaya dilakukan oleh Pepe.

Penyokong jemputan Arsenal, sangat kecewa. Ini kerana, tiada hari yang lebih teruk daripada tewas di tangan Palace dan melihat Liverpool menang. Dahlah terpaksa tambah air.

Arsenal berjaya meneruskan tradisi di mana setiap tahun akan ada satu sesi lawatan ke Anfield dan mereka akan memberikan set hadiah berupa 3 mata mudah.

Tradisi ini mekar dalam jiwa Arsenal walaupun baru membeli pemain termahal dalam sejarah kelab mereka. Itulah sebab Pepe merembat semua bola kelaut. Kerana menghormati tradisi ini.

Patutlah Unai Emery cuba mendesak EPL membatalkan jadual menentang Liverpool.

Penyokong Arsenal pula merasai kesukaran untuk kalah tanpa Iwobi yang biasanya menjadi makian utama mereka. Langkah terbaik untuk mereka menukar topik adalah menyatakan dalam pasukan fantasi mereka ada Mohamed Salah.

Walau apapun, Unai Emery jelas puas dengan penerusan tradisi ini, dan barulah kempen sebenar Arenal bermula, hanya selepas upacara menghantar 3 mata by hand ke Anfield, bukan menerusi pemindahan elektronik.

BACA:  Arsenal Segera Lengkapkan Penandatanganan Fabio Vieira Kerana Bimbang Disailang Liverpool