Arsenal Berpesta Gol, Belasah West Ham 6-0

Arsenal garang lain macam apabila telah berpesta gol dengan membelasah West Ham United tanpa balas dan belas dengan jaringan 6-0 ketika bertandang ke laman lawan di Stadium London.

Keputusan ini merupakan kekalahan terburuk West Ham di tempat sendiri sejak 1963, ketika itu Hammer tewas 8-2 kepada Blackburn.

Kemenangan ke atas Liverpool dalam perlawanan sebelum ini nyata menjadi katalis buat Arsenal untuk terus garang dan menemui sentuhan penyudah di depan gol.

Dalam permainan sepanjang 90 minit ini, Arsenal telah merekodkan 25 percubaan dengan 12 percubaan tepat namun hanya 6 gol tercipta berbanding West Ham United hanya satu percubaan tepat dari 5 percubaan sahaja.

Arsenal membalas dendam dengan sangat manis ke atas West Ham United dengan membelasah 6-0 di tempat lawan untuk kekal dalam saingan perebutan kejuaraan Liga Perdana pada hari Ahad, memusnahkan tuan rumah mereka sebelum separuh masa.

Skuad kendalian Mikel Arteta telah tewas dua kali menentangmusuh Kota London mereka musim ini tetapi mendahului 4-0 pada separuh masa dengan jaringan melalui William Saliba, Bukayo Saka, Gabriel dan Leandro Trossard.

Aresenal terus menghukum West Ham pada separuh masa kedua apbila terus melebarkan jaringan dengan Saka menjadikan kedudukan 5-0 sebelum bekas pemain tengah West Ham, Declan Rice, yang telah mencipta dua bantuan gol sebelum itu meledak gol keenam pasukannya pada hari yang amat memalukan tuan rumah.

Ia adalah persembahan hebat oleh Arsenal yang berjaya mengurangkan defisit perbezaan gol kepada juara bertahan, Manchester City yang diikat dengan 52 mata, Arsenal kekal di tempat ketiga dan Manchester City mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Pendahulu Liverpool kini mengumpul 54 mata. Arsenal dikalahkan oleh West Ham dalam Piala Liga dan tamparan yang lebih besar ialah kekalahan 2-0 di tempat sendiri pada Disember apabila meriam mereka tersumbat dan mensia-siakan banyak peluang.

West Ham: Areola; Coufal, Zouma, Aguerd, Emerson; Alvarez, Soucek; Kudus, Ward-Prowse, Johnson; Bowen.

Simpanan: Fabianski, Cresswell, Mavropanos, Ogbonna, Scarles, Phillips, Cornet, Ings, Mubama.

Arsenal: Raya; White, Saliba, Gabriel, Kiwior; Rice; Odegaard, Havertz; Saka, Trossard, Martinelli.

Simpanan: Ramsdale, Soares, Walters, Jorginho, Elneny, Bandeira, Nwaneri, Nketiah, Nelson.

Pengadil: Craig Pawson

Baca Juga

Baca Juga