Menurut laporan David Ornstein dari The Athletic, Arsenal serius mendapatkan pemain bintang Manchester United dan telah membida dengan tawaran yang memecahkan rekod perpindahan dunia.
Pemain bintang Manchester United yang menjadi sasaran pasukan Wanita Arsenal itu adalah Alessia Russo yang berusia 23 tahun yang kini dalam perbincangan untuk kontrak barunya.
Kontrak semasa Alessia Russo akan tamat pada musim panas ini namun setakat ini tiada kata sepakat serta perjanjian dicapai untuk kontrak lanjutan.
🚨 EXCL: Arsenal Women make world-record offer to sign Alessia Russo from Man Utd. With no breakthrough in new contract talks (current deal ends this summer), #AWFC have submitted huge bid for 23yo England striker. Not accepted yet @TheAthleticFC #MUWomen https://t.co/aPwSAfhFVe
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 30, 2023
Arsenal kini telah datang dengan cadangan besar-besaran untuk menandatangani Alessia Russo, yang telah menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan Liga Super Wanita musim ini.
Pemain yang memegang rekod dunia dalam permainan bola sepak wanita kini adalah perpindahan Keira Walsh ke Barcelona dari Manchester City pada musim panas lalu, yang menelan belanja £400,000.
Tiada apa-apa lagi yang diterima oleh Manchester United setakat ini walaupun Arsenal serius mahukan Alessia Russo dan tawaran itu telah ditolak.
BREAKING: Manchester United have rejected Arsenal's World-record bid for Alessia Russo 💰❌ pic.twitter.com/qMxqkruBys
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 30, 2023
Ketua jurulatih Arsenal, Jonas Eidevall telah bercakap mengenai keinginannya untuk menambah lagi mesin gol kepada pasukannya, memandangkan kecederaan yang melanda Beth Mead dan Vivienne Miedema.
Dia berkata awal bulan ini:
“Saya akan kecewa jika kami tidak dapat membawa masuk penjaring gol yang prolifik sebagai tambahan kepada pemain yang sudah ada. Itu sepatutnya menjadi keutamaan yang sangat penting bagi kami di jendela ini dengan bilangan dan tahap permainan yang kami mainkan.”
Arsenal have made a world-record bid for Alessia Russo.
The fee is understood to be more than the £400,000 Barcelona paid for Keira Walsh in September.
More 👇 #BBCFootball #BBCWSL
— BBC Sport (@BBCSport) January 30, 2023
Alessia Russo merupakan pemain penting pasukan England yang memenangi Kejohanan Wanita Eropah UEFA (EURO 2022) pada musim panas, menjaringkan gol pada separuh akhir menentang Sweden.
Russo menjaringkan empat gol pada kejohanan itu termasuk gol melalui tumit belakang pada separuh akhir menentang Sweden, yang sejak itu telah dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Dia mempunyai 17 caps untuk pasukan senior dan telah menjaringkan 10 gol.
Russo’s backheel against Sweden https://t.co/76BCZHOhhR pic.twitter.com/UQjclvoeEY
— Naomi ( Back in 23 days i think ) (@naomiwfc) December 29, 2022
Manchester United sedang berusaha untuk merebut kejuaraan Liga Super Wanita pertama mereka sejak penubuhannya pada 2018, tetapi dikejar rapat oleh Chelsea, di tempat kedua dan Arsenal, di tempat ketiga.
Arsenal kini ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United di kejuaraan Liga Super Wanita dan pastinya sukar untuk Manchester United melepaskan mesin gol mereka kepada pencabar terdekat mereka.
Arsenal boleh mendapatkan Alessia Russo secara percuma pada musim panas ini tetapi kehilangan Beth Mead dan Vivienne Miedema untuk jangka masa panjang memaksa mereka mendapatkan penyerang baru
Alessia Russo menyertai kelab zaman kanak-kanaknya, Manchester United pada tahun 2020 selepas beraksi di Amerika Syarikat bersama North Carolina University.