Arsenal Buat Mesyuarat Tergempar Dengan Penaja Kerana Post Elneny: “Palestine Lives Matter”

Arsenal telah mengadakan satu perjumpaan tergempar dengan salah satu penaja Arsenal, The Lavazza Group. Ini bagi membincangkan post di media sosial oleh Mohamed Elneny.

Lavazza tidak sukan dengan tindakan Elnenny yang memberikan sokongan kepada Palestin dalam media sosialnya sambil menuduh pemain itu sebagai rasis dan anti semitik (anti Yahudi).

Pada minggu awal minggu ini, Elneny menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin yang telah terbunuh kerana serangan bertubi tubi dari Israel. Kemudian pejuang pembebasan Palestin telah membalas balik serangan Israel tersebut.

Konflik menjadi sangat tegang dengan Israel beterusan menggunakan senjata senjata canggih mereka. Elneny menerusi platform media sosialnya berkata: “Hatiku, jiwaku, sokonganku, adalah untuk Palestin.” Diselitkan emoji bendera Palestine dan juga tanda ‘peace’ untuk keamanan.

Elneny turut menampal kapsyen: “Palestine Live Matter” pada salah satu gambar di Twitternya.

Perkara itu membuatkan penyokong Arsenal dari kalangan orang Yahudi. Lavazza kemudian bersuara dan memberikan tekanan kepada Arsenal.

Dan Kumpulan Lavazza, yang telah menjadi rakan kopi rasmi kelab utara London sejak 2018, mengatakan bahawa post Twitter pemain tengah Mesir itu tidak sesuai dengan nilai mereka.

Tal Ofer, yang merupakan anggota Majlis Timbalan Yahudi Britain, menerusi The Lavazza Group berkata: “Kami akan segera menghubungi Arsenal untuk menyatakan bahawa kami prihatin terhadap kelab yang berkaitan dengan mesej tersebut.”

“Kandungan post itu sangat tidak selaras dengan nilai syarikat kami. Lavazza Group komited sepenuhnya menentang rasisme dan antisemitism.”

Arsenal turut mengesahkan bahawa mereka sudah menerima panggilan daripada Lavazza Group berkenaan dengan status Elneny tersebut. Arsenal malah sudah bercakap dengan pemain tersebut tentang kesan daripada post beliau itu.

Arsenal menyatakan: “Semua pekerja dalam Arsenal, pemain kami berhak untuk meluahkan pandangan mereka menerusi platform mereka sendiri. Itu yang kami katakan kepad Mo ketika berbincang dengan beliau tentang perkara ini. Jadi dia akan faham implikasi lebih besar daripada post dia.”

“Sebagai sebuah kelab kami komited untuk berhadapan dan menghapus kesemua jenis diskriminasi dan berterusan untuk menegakkan apa yang diperlukan untuk ekualiti dan diversiti secara keseluruhan dalam hidup.”

Lavazza turut meminta penaja lain seperti Adidas untuk tampil mengenakan tekanan yang sama ke atas Arsenal. Dan mereka meminta FA England mengambil tindakan dengan menggantung pemain tersebut.

Arsenal sekali lagi tidak menunjukkan sokongan kepada pemainnya berkaitan dengan isu kemanusiaan. Malah sekali lagi melihat post tersebut sebagai berbaur rasisme dan antisemitisme.

Peminat peminat Arsenal ramai yang marah dengan tindakan kelab dan menganggap Elneny berdepan dengan nasib serupa dengan Ozil sebelum ini. Di mana kelab menuduh Ozil bercakap tentang Uighur dari sudut politikal. Sedangkan pemain itu menegaskan dia cuma bercakap atas isu kemanusiaan.

Ramai yang meluahkan sokongan kepada Elneny dan kecewa dengan tindakan kelab.

Michael East mempersoalkan tindakan Arsenal. Adakah Arsenal tidak menyokong dasar kebebasan bersuara dan menyokong pembersihan etnik yang cuba dilakukan Israel ketika ini?

BACA:  Wenger Tidak Menyesal Berpindah Ke Emirates Walaupun Trofi Berkurang