Arsenal Cipta Comeback Terhebat Dalam Sejarah Bola Sepak

Arsenal semakin menebalkan aura sang juara mereka apabila telah mencipta comeback terhebat dalam sejarah peradaban bola sepak dunia selepas ketinggalan dua gol kepada Bournemouth.

Reiss Nelson menjaringkan gol kemenangan yang menarik dan hampir menjadi sepakan terakhir permainan untuk memastikan kemenangan besar menentang Bournemouth dan menutup kebangkitan dua gol.

Gol daripada Thomas Partey dan Ben White telah menyaksikan Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol, sebelum pemain gantian itu meledak gol untuk memenanginya di masa kecederaan.

Selepas ketinggalan kepada gol Philip Billing selepas hanya 9.11 saat, keadaan menjadi lebih buruk selepas rehat apabila Marcos Senesi menanduk masuk gol kedua Bournemouth.

Bagaimanapun, Partey memberi Arsenal talian hayat apabila berjaya mengurangkan defisit dengan gol yang berpunca dari sepakan sudut tidak dikeluarkan dengan kemas.

Dan kemudian White memilih masa yang tepat untuk menjaringkan gol pertamanya bersama Gunners dengan baki 20 minit untuk memberi Arsenal semangat kebangkitan untuk tidak sekadar berkongsi mata.

Reiss Nelson masuk menggantikan Emile Smith-Rowe pada minit ke-69 menjadi wira Arsenal dengan gol kemenangan pada minit ke-97 ketika dunia melihat satu mata adalah pengakhiran namun bagi Arsenal ia adalah satu permulaan kepada tiga mata.

Kesebelasan Utama Arsenal: Ramsdale; Tomiyasu, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Odegaard, Partey, Vieira; Saka, Trossard, Martinelli

Pemain Simpanan: Turner, Tierney, White, Smith Rowe, Kiwor, Holding, Jorginho, Nelson, Xhaka.

Kesebelasan Utama Bournemouth: Neto; Smith, Mepham, Stephens, Senesi, Zemura; Ouattara, Billing, Rothwell, Semenyo; Solanke

Pemain Simpanan: Travers, Randolph, Fredericks, Cook, Christie, Stacey, Moore, Anthony, Pollock

Baca Juga

Baca Juga