Arsenal Cuba ‘Menyelam Sambil Minum Air’ Untuk Dapatkan Lautaro Martinez

Arsenal sedang mengintai peluang untuk membeli Lautaro Martinez ketika Inter Milan masih berusaha memperbaiki kewangannya.

Buat masa sekarang Arsenal dan Inter sedang bercakap tentang kemungkinan Inter mendapatkan Hector Bellerin.

Inter sedang mencari pertahanan kanan baru selepas menjual Achraf Hakimi ke Paris Saint Germain (PSG). Dalam situasi tersebut Arsenal mahu mengambil kesempatan untuk bertanya potensi mereka mendapat Martinez.

Martinez dinilai oleh Inter berharga €70 juta dan Arsenal mahu melihat adakah mereka mampu menarik Martinez sebagai sebahagian dari urusan jualan Bellerin ke Inter.

Menurut laporan the Athletic Lautaro mungkin berminat ke Arsenal jika Inter bersedia menjualnya.

Bagaimanapun Tottenham juga berminat mendapatkan penyerang Argentina itu jika Harry Kane sah akan ke Manchester City.

Arsenal perlu menjual Alexandre Lacazette terlebih dahulu bagi merealisasikan harapananya untuk mendapatkan Martinez.

Lacazette telah disebut akan ditawarkan kepada Inter namun kelab dari Itali itu cuma berminat dengan wang.

Martinez berpeluang mendapat gaji lebih tinggi jika dia keluar dari Inter.

Bersama Inter Martinez hanya mendapat bayaran sebanyak €2.5 juta setahun berbanding Romelu Lukaku, Christian Eriksen dan Alexis Sanchez yang mendapat lebih 2 kali ganda darinya.

Sebagai juara Scudetto dan Copa America gajinya perlu disemak semula oleh Inter terutamanya sejak Barcelona menyatakan minat yang kuat kepadanya pada 18 bulan lepas.

Bersama ejen lamanya Martinez telah bersetuju dengan tawaran kontrak baharu yang diberikan oleh Inter namun kelab tidak dapat meneruskan tawaran tersebut akibat masalah kewangan yang dihadapinya.

Martinaz kemudiannya menukar ejen pada bulan April lepas dan perbincangan berkaitan kontrak perlu dimulakan sekali lagi.

Perpindahan ke Arsenal dilihat menjadi peluang kepada Martinez untuk mendapatkan kontrak lebih baik, peluang itu tiba ketika Arsenal sedang menunjukkan minat mendapatkannya.

Di pihak Arsenal mereka tidak akan menjangkakan Martinez akan berada dalam pasaran perpindahan pada jendela perpindahan kali ini terutamanya pada harga yang wajar.

Tetapi Inter perlu menjual pemain ini walaupun sudah mendapat suntikan tambahan €50 juta dari Oaktree Capital pada Mei lepas.

Inter masih lagi mencari jalan mengimbangi kewangannya walaupun sudah meraih €70 juta hasil jualan Hakimi.

Ia merupakan sebahagian besar usaha Inter untuk menurukan kos operasi sebanyak 15% hingga 20%. Pada ketika ini Inter masih stabil kerana mempunyai rangsangan pakej ekonomi bernilai €275 juta.

Inter perlu menutup jendela perpindahan kali ini dengan catatan keuntungan bersih €70 juta.

Inter boleh menjual Romelu Lukaku ke Chelsea kerana kelab London itu mengesahkan minat untuk mendapatkannya namun Inter meletakkan penjualan tersebut sebagai langkah terakhir jika tidak berjaya mendapatkan wang dengan pemain lain.

Di Arsenal mereka sudah lama mencari pemain no.9 namun Arsenal terlebih dahulu perlu menjual pemain no.9 mereka. Nama Eddie Nketiah dan Lacazette antara pemain yang perlu dijual.

Sebelum ini Arsenal juga mengintai pemain antarabangsa Sweden, Alexander Isak namun pemain ini telah melanjutkan kontraknya di Real Sociedad. Arsenal juga mempertimbangkan membeli Tammy Abraham.

Bagaimanapun menurut beberapa sumber menunjukkan peluang Arsenal mendapatkan Martinez lebih mudah, Arsenal hanya perlu menawarkan tawaran yang sesuai kepada Inter.

Martinez telah membintangi Inter selama 3 musim sejak tiba dari Racing (Argentina) pada usia 20 tahun. Martinez terus mejadi pemain utama selepas Mauro Icardi disingkirakan dari kelab.

Pada musim pertamanya Martinez hanya menjaringkan 7 gol. Kehadiran Antonio Conte mencetuskan perubahan dan akhirnya Inter menjuarai Serie A pertamanya sejak 2010.

Gandingan Lukaku dan Martinez yang juga dikenali sebagai ‘LULA’ menjadi antara kombinasi serangan paling digeruni di Serie A. Pada musim lepas Martinez telah menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan.

Martinez dikagumi kerana kepintarannya dan mempunyai pecutan baik disamping mempunyai dribbling ability yang padu. Tidak nampak banyak kelemahan dalam permainannya walaupun usianya masih muda.

Martinez terus meningkat pada musim lepas, menjaringkan 17 gol ketika Inter sedang dalam usaha mencabar kejuaraan.

Kejayaan Argentina menjuarai Copa America meningkatkan nilainya, Martinez menyumbang 3 gol dalam kejohanan tersebut.

BACA:  Carta Nilai Kekayaan Pemilik Kelab EPL Mengikut Turutan