Arsenal Derma RM280,000 Kepada Sutton

Sebelum ini agak kecoh di media sosial apabila Arsenal dikatakan terlalu kedekut sehingga tidak membawa panji kelab untuk ditukar dengan Sutton United, dalam perlawanan Piala FA semalam. Dalam satu kejadian sebelum sepak mula, kapten Walcott dilihat terpinga-pinga dan kemerah-merahan pipinya ketika menerima panji kelab Sutton.

Dalam keruh, ada jernihnya.

Sebenarnya Arsenal tidaklah sekedekut yang disangka. Dalam satu pendedahan oleh media Evening Standard, pengurus Sutton, Paul Doswell telah mendedahkan sebenarnya Arsenal bakal menderma £50,000 (RM280,000) kepada kelab semi pro tersebut, dan wang tersebut bakal digunakan untuk membina dua bilik khas untuk pembelajaran bagi akademi Sutton United.

Stadium Sutton amatlah kecil jika dibandingkan dengan Stadium di Malaysia, tetapi mereka mempunyai permukaan padang yang menginzalkan.

Malah sebelum perlawanan semalam, Arsenal juga cuba untuk menderma £100,000 (Rm550,000) hasil royalti penyiaran perlwanan, ditambah lagi dengan hasil kutipan tiket mereka kepada Sutton, namun dihalang oleh FA kerana melanggar peraturan kewangan.

Kebiasaanya, Sutton hanya mampu menjana sebanyak £700,000 (RM3.9 juta) setahun, namun setakat ini sahaja, mereka telah berjaya memperoleh lebih daripada £1juta (RM5.5 juta) hasil daripada kemenangan demi kemenangan mereka dalam kempen Piala FA.

Ketika Doswell ditanya mengenai wang yang berjaya dikumpul daripada Piala FA tersebut,  dia mengatakan bahawa semuanya akan dibelanjakan untuk 100 orang kanak-kanak yang berusia 16-18 tahun. Mereka juga akan membeli bilik persalinan yang baharu, dan tandas juga akan dibaiki supaya tidak lagi berlumut seperti tandas Stesen Bas Seksyen 13, Shah Alam.

Baca Juga

Baca Juga