Arsenal Di Tangga Kedua Sebagai Kelab Mempunyai Kewangan Yang Power

Penyandang gelaran juara Liga Perdana Inggeris kontemporari ini, Manchester City telah dinobatkan sebagai juara kelab yang mempunyai kekuatan kewangan yang paling kukuh dan power jika dibandingkan dengan segala kelab yang ada di dunia yang fana ini.

The Soccerex Football Finance 100 telah mengeluarkan senarai 100 kelab dari seluruh dunia dengan kewangan yang kukuh dan kajian ini dibuat berdasarkan aset semasa dan tetap, wang di dalam bank, potensi pelaburan dari pemilik dan jumlah hutang.

Manchester City berada dikedudukan teratas The Soccerex Football Finance 100 di hadapan Arsenal yang berada di tangga kedua. Seperti biasa kelab dari England menguasai senarai 10 teratas.

Boss kita dah la kaya pastu power pulak. Sek kito jange pecoh!

Berdasarkan kepada laporan ini, Arsenal mempunyai aset tetap yang bernilai £766 juta selepas mereka berpindah dari Highbury ke Stadium Emirates yang telah habis bayaran hutang pembinaannya hasil jimat cermat Atuk Wenger.

Arsenal mempunyai £300 juta di dalam bank dan hanya Manchester United merupakan satu-satunya kelab mempunyai wang yang lebih di dalam bank berbanding Arsenal iaitu sebanyak £307 juta. Lebih 7 juta je. Kaya betul Arsenal dan Atuk Wenger.

The Citizen merupakan satu contoh yang popular menyaksikan pelaburan asing telah merubah nasib kelab secara jelas dengan menjadikan City sebuah kelab yang berpotensi besar. Pemiliknya merupakan pelabur yang berpotensi tinggi sejajar dengan prestasi yang hebat dipamerkan kelab.

Bukan sahaja prestasi di padang, Manchester City juga telah menjadi kelab yang mempunyai kuasa ekonomi yang paling power berbanding kelab yang ada di dunia ini.

Aku kaya la sial!

Arsenal yang berada di tempat kedua dihadapan PSG mungkin agak mngejutkan tetapi harus diingat mereka yang kedekut selalunya lebih kaya lagi raya. Arsenal merupakan kelab yang mempunyai hutang yang paling rendah iaitu sebanyak £8m jah.

Ini menyaksikan Arsenal merupakan kelab yang mempunyai hutang terendah berbanding pasukan lain di England. Chelsea merupakan kelab yang mempunyai hutang tertinggi berbanding kelab lain dalam senarai 100 pasukan ini dengan mencatatkan jumlah hutang sebanyak £800 juta.

Unai dapat 50 juta je.

Arsenal boleh berada di tangga kedua kerana pengurusan kelab yang profesional dan model perniagaan yang cantik lagi manis diamalkan Arsenal.

Dengan amalan berjimat cermat Arsenal berada dalam situasi kewangan yang kukuh lagi kuat dan boleh melakukan pelaburan pada bila-bila masa jika pihak atasan mahu mengubah model perniagaan mereka.

Berjimat cermat amalan mulia, membazir amalan Syaitan tidak kira merah atau putih.

The Soccerex Football Finance 100

Sepatutnya nak disenaraikan 10 teratas sahaja tetapi sebagai penyokong Liverpool power this is our year yang tegar terpaksa di masukkan 20 teratas baru ada nama Liverpool.

Tak kisah la kaya ke tidak asal Soton terus kaya sebab kita.

Satu-satunya kelab dari Asia yang berada dalam ranking 10 terkaya adalah pasukan dari China, Guangzhou Evergrande Tabao di mana pemiliknya mempunyai kuasa wang yang tidak kehabisan.

Juventus satu-satunya kelab Italy yang berada dalam senarai 10 teratas dan kelab Italy lain berada di tangga ke-30 dan kebawah.

1. Manchester City
2. Arsenal
3. PSG
4. Guangzhou Evergrande
5. Tottenham
6. Real Madrid
7. Manchester United
8. Juventus
9. Chelsea
10. Bayern Munich
11. Zenit St Petersburg
12. RB Leipzig
13. Barcelona
14. LA Galaxy
15. Atletico Madrid
16. Liverpool
17. Borussia Dortmund
18. Lyon
19. Monaco
20. Leicester

Senarai kelab Inggeris yang lain.

27. Everton
32. Southampton
33. Stoke
35. West Ham
36. Newcastle
55. Crystal Palace
60. Swansea
65. Bournemouth
73. Burnley
86. Sunderland
90. Brighton
91. Aston Villa

Laporan Penuh : Download Laporan Penuh

Baca Juga

Baca Juga