Arsenal Kini Meletakkan Bintang United Sebagai Sasaran Utama Mereka

Arsenal dengan tiba-tiba mengumumkan bintang handalan Manchester United, Mason Greenwood sebagai pemain sasaran utama mereka.

Selain Arsenal, beberapa lagi pasukan lain dalam dunia bola sepak yang turut sangat berminat untuk mendapatkan Greenwood dari Manchester United.

Greenwood kini dikenal pasti sebagai calon pengganti paling sesuai untuk menggantikan Pierre Emerick Aubameyang di Emirates.

Masa depan Aubameyang bersama kelab sangat tidak jelas pada ketika ini, dan kerana itulah Arsenal sedang dalam usaha mereka untuk mencari pemain pengganti.

Tambahan pula, kontrak Eddie Nketiah dan Alexandre Lacazette akan tamat pada musim panas ini, dan mereka juga masih belum menandatangani kontrak baru, maka Gunners perlu segera mencari pemain penyerang yang baru.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan prospek jangka masa panjang terbaik untuk mana-mana kelab dengan bakat hebat yang beliau miliki menjadikan beliau sebagai pemain buruan kebanyakkan gergasi Eropah yang lain.

Media penerbitan Sepanyol, El Nacional, melaporkan yang Arsenal, Juventus dan Barcelona merupakan antara nama-nama besar yang sangat berminat untuk mendapatkan tandatangan Greenwood.

Cara permainan beliau yang sangat versatile dan ditambah pula Greenwood memiliki kelebihan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, menjadikan beliau sebagai bakat terbaik dari generasinya.

Presiden Barcelona, Joan Laporta sendiri turut mendedahkan yang beliau benar-benar mengagumi bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh Mason Greenwood.

Barcelona walaupun sedang bermasalah dari segi kewangan mereka, tetap bernafsu besar untuk mendapatkan beberapa pemain bintang lain pada jendela perpindahan akan datang ini.

Selain Greenwood, Barca juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat Anthony Martial dari Manchester United, namun seandainya diberi pilihan antara kedua pemain itu, Xavi lebih memilih Mason Greenwood.

Walaupun beliau sering diangkat sebagai pemain masa hadapan United, namun Greenwood sebenarnya sukar untuk mendapat minit permainan yang mencukupi.

Beliau sehingga kini masih belum pernah diturunkan dalam kesebelasan utama United di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Beliau hanya pernah dimasukkan sebagai pemain gantian sahaja ketika aksi kemenangan 1-0 menewaskan Crystal Palace dan Norwich City sebelum ini.

Mason Greenwood telah berjaya menjaringkan lima gol dan turut mencatatkan dua assists dari 17 penampilan sepanjang musim ini.

Kali terakhir beliau mencatat nama sebagai penjaring gol adalah ketika aksi kekalahan memalukan 4-2 United di tangan Leicester City pada Oktober lalu.

Greenwood memulakan saingan musim ini dengan sangat cemerlang selepas beliau berjaya menjaringkan gol dalam kesemua giga perlawanan awal United.

Beliau menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 5-1 menewaskan Leeds United, Wolves dan juga turut meledak gol ketika aksi aksi terikat 1-1 bertemu Southampton.

Agak sukar sebenarnya untuk melihat setan merah melepaskan bintang muda seperti Mason Greenwood, namun tak pasti andai Arsenal mampu untuk menawarkan sesuatu yang sukar untuk United tolak.

Mason Greenwood sendiri juga sepertinya tidak mungkin akan berminat untuk sertai Arsenal apa lagi selepas melihatkan kelab dari London itu langsung tak sertai mana-mana pertandingan Eropah.

Namun memandangkan sukar mendapatkan minit permainan di Old Trafford, tak mustahil untuk melihat Greenwood bersetuju untuk beraksi di Emirates selepas ini.

Kem Manchester United kini berdepan masalah penularan wabak dan menyebabkan aksi mereka bertemu Brighton terpaksa ditangguhkan.

Man United selepas ini bakal beraksi bertemu Newcastle United pada 27 Disember nanti, dan seandainya keadaan sudah membaik, maka perlawanan itu akan dilangsungkan, namun seandainya tidak, perlawanan itu juga mungkin akan ditangguhkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Premier League 2021/22: Manchester United 0-1 Wolves