Arsenal, Liverpool & Spurs Berminat Dapatkan Khidmat Pemain Watford, Abdoulaye Doucoure

Pemain tengah Watford, Abdoulaye Doucoure mendedahkan khidmatnya sangat ditagih 3 kelab ternama Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspurs.

Pemain berusia 25 tahun ini  mengharungi musim yang cemerlang setakat ini bersama The Hornets walaupun bermain di bawah kendalian dua pengurus iaitu Marco Silva dan Javi Garcia.

Menjadi dambaan kelab besar Liga Perdana Inggeris

Liverpool akan menandatangani pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita musim panas nanti tetapi bakal kehilangan khidmat Emre Can yang dilaporkan bakal berhijrah ke Itali untuk menyertai Juventus. Manakala Spurs pula sedang mencari calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Moussa Dembele yang semakin dimamah usia.

Bekas pemain Arsenal yang kini bekerja sebagai penganalisa bolasepak di Skysports, Charlie Nicholas berkata beliau mahu bekas pasukannya mendapatkan seorang pemain tengah bertahan musim panas nanti dan melihat Doucoure sebagai calon paling sesuai.

“Saya lebih berminat jika Arsenal mendapatkan khidmat Abdoulaye Doucoure daripada Steven Nzonzi. Beliau mampu bermain di posis yang lebih ke bawah untuk Arsenal.”

Spurs, Arsenal dan Liverpool ? Semuanya mandul EPL

Doucoure mendedahkan minat yang ditunjukkan terhadapnya dalam satu program televisyen Perancis di saluran Telefoot. Doucoure telah ditanya adakah benar kelab-kelab besar telah menunjukkan minat terhadapnya dan apa hala tuju beliau selepas Watford.

“Memang betul kelab seperti Arsenal, Liverpool dan Spurs berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Tetapi saya adalah pemain Watford dan fokus saya hanyalah untuk menghabiskan musim dengan baik dan mengekalkan status Watford selaku pasukan Liga Perdana Inggeris.”

“Selepas segalanya selesai, saya dan pihak kelab akan membuat keputusan mengenai langkah saya seterusnya. Akan tetapi buat masa sekarang, fokus saya hanya untuk Watford.”

Dalam rancangan yang sama, Doucoure telah diminta untuk membuat keputusan sama ada beliau mahu menyertai Spurs atau Arsenal jika diberi peluang. Jawapan beliau sudah tentu telah menggembiran peminat Arsenal.

“Saya memilih Arsenal kerana Arsene Wenger.”

Bekas pemain antarabangsa Perancis bawah 21-tahun ini menyertai Watford dari Rennes pada tahun 2016. Musim ini menyaksikan Doucoure telah mengharungi musim yang agak produktif dari segi jaringan gol. Dalam 22 penampilan liga setakat ini, beliau telah berjaya menjaringkan 7 gol, satu jumlah yang tinggi bagi seorang pemain tengah defensif.

BACA:  Dele Alli Percaya Tottenham Bertambah Kuat Setiap Tahun