Arsenal Mahu Bawa Marco Asensio ke Emirates

Arsenal kini dalam misi mahu mempertajamkan barisan serangan mereka dan Gunners dikatakan berminat untuk mendapatkan bintang muda Real Madrid yang juga digelar Safawi Rashid Sepanyol, Marco Asensio.

Asensio beraksi cukup cemerlang dalam kedua-dua perlawanan Piala Super Sepanyol apabila menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan dan ini sekaligus menaikkan lagi saham pemain ini sebagai antara bintang muda yang paling bersinar di Eropah.

Di sebalik kehebatannya di atas padang, Asensio sebenarnya masih lagi mempunyai kontrak sebagai pemain belia di kelab gergasi Sepanyol itu, dan Arsene Wenger sudah bersedia untuk menebus klausa pembelian pemain ini yang bernilai £72 juta, menurut agensi berita Sepanyol, Diario Gol.

Asensio pula kini dikatakan ingin berbincang dengan lebih mendalam dengan pengurusan Real Madrid sama ada dia akan ditawarkan kontrak baru sebagai pemain senior atau tidak. Jika Asensio setuju untuk ke Arsenal, dia akan menerima gaji sebanyak £5.5 juta setahun, bersamaan kira-kira £100,000 seminggu – tujuh kali ganda lebih banyak berbanding gajinya sekarang.

Setakat ini Asensio berjaya mendapat tiga cap bersama pasukan kebangsaan Sepanyol dan pada musim lalu dia berjaya menjaringkn 10 gol dalam 38 perlawanan, termasuk dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Juventus.

Aset utama pemain ini ialah kesedaran taktikal yang cukup bagus dan juga mempunyai kaki kiri yang padu – kedua terbaik di belakang Messi menurut Zidane.

Dengan keupayaan dan prestasi pemain ini seakin meningkat, Real Madrid pastinya tidak mahu melepaskan pemain masa depan mereka ini, akan tetapi pada masa yang sama Asensio mahukan gaji yang setaraf dengan pemain tengah lain seperti Toni Kroos dan juga Luka Modric.

Sebelum tertutupnya jendela perpindahan hujung bula Ogos nanti, berjayakah Wenger membawa Asensio ke Emirates dan bermain di Liga Europa?

Sumber berita : The Sun

Baca Juga

Baca Juga