Antonio Conte dilaporkan kini menjadi sasaran utama Arsenal untuk menggantikan Mikel Arteta andai beliau dipecat dalam masa terdekat ini.
Menurut sumber laporan dari The Telegraph, Arsenal bakal menilai kemampuan Arteta dan andai beliau gagal, maka Conte bakal menjadi calon penggantinya.
Selepas kekalahan 2-0 Arsenal di tangan Chelsea di Emirates kemarin, kedudukan Arteta sebagai pengurus semakin terancam.
🚨 Antonio Conte is a contender to become Arsenal manager if the club decide to sack Mikel Arteta. (Source: Telegraph) pic.twitter.com/xcD2ZDLDeT
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 24, 2021
Ia kerana beliau telah membawa Arsenal melalui pembukaan musim yang dianggap paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab.
The Telegraph melaporkan yang pengurus Arsenal itu diberikan waktu sehingga Oktober ini untuk membuktikan kemampuan beliau menerajui Arsenal.
Selepas Conte meninggalkan Inter Milan pada musim panas ini, beliau telah dikaitkan dengan pelbagai pasukan.
Pada awal musim panas baru-baru ini, beliau telah melakukan rundingan dengan Tottenham Hotspur untuk mengurus pasukan dari London itu yang ketika itu mencari pengganti Jose Mourinho.
Arsenal 'considering' ex-Chelsea boss Antonio Conte to replace Mikel Arteta amid dismal starthttps://t.co/3ba7pfF4QC pic.twitter.com/kQmIkHzvuw
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 23, 2021
Walau bagaimanapun, laporan menyatakan yang Conte menolak tawaran tersebut atas beberapa alasan yang tidak beliau terima.
Ketika Conte bercakap dengan Gazzetta dello Sport, beliau menegaskan yang dirinya menanti tawaran yang paling tepat sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia pengurusan.
“Saya mencari projek terlebih dahulu dan saya bersedia untuk terus berada di rumah jika projek yang datang tidak meyakinkan saya.”
“Ia perlu dilakukan dengan vision, kejujuran dan prinsip. Kebiasaannya saya suka cabaran dan saya terima banyak cabaran sepanjang karier saya.”
Arsenal urged to sack Mikel Arteta and replace him with Antonio Conte https://t.co/rb407MJlIx pic.twitter.com/TtycMtGxR3
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 18, 2021
“Bahkan pasukan besar yang saya latih, mereka tak pernah jadi kegemaran saya ketika saya sampai.”
“Walau bagaimanapun, jika ada sesuatu yang tidak meyakinkan saya, saya lebih memilih untuk tidak menerima walaupun ditawarkan dengan tawaran lumayan.”
Bekas pengurus Chelsea itu turut menambah yang beliau mahu memastikan tugasnya selepas ini adalah di luar Itali.
“Saya mahu dapatkan pengalaman luar. Saya rasa saya bukan seseorang yang gembira dengan situasi yang selesa. Saya bahkan lebih suka memilih situasi yang sukar.”
If Arteta loose the next three games then there is possibility that Antonio Conte will replace him pic.twitter.com/oernqINY8C
— Joseph hero 254 (@hero_254) August 24, 2021
“Sebagai pemain, saya sudah menang segalanya yang saya mampu untuk menang, tapi saya juga kalah bermaruah.”
“Ketika kamu kalah, ia akan tinggalkan satu kesan yang menyebabkan kamu tak mahu laluinya lagi, jadi kamu akan lakukan apa saja untuk sampaikan perasaan itu pada para pemain ketika kamu sudah menjadi jurulatih. Ia semua datang dari ketakutan kamu dan mahu kamu elak dari melalui rasa yang sama.”
Tugas berat menanti Arteta kerana perlawanan yang bakal beliau hadapi selepas ini adalah bertemu Man City dan ia bukan tugas yang mudah untuknya.
Seandainya beliau gagal mencatatkan kemenangan, maka Arsenal akan terus berada di dasar liga dengan mencatatkan tiga kekalahan dari tiga perlawanan awal liga.
Berikutnya mereka bakal berdepan dengan Norwich dan perlawanan tersebut berkemungkinan akan menentukan tentang siapa yang bakal duduk di kedudukan paling corot dengan mereka merupakan pasukan tercorot pada ketika ini.
Antonio Conte's stance on replacing Mikel Arteta as Arsenal boss faces sackhttps://t.co/3KFT2Uydbu pic.twitter.com/Zf8g65l4x4
— Express Sport (@DExpress_Sport) August 24, 2021
Seandainya Arteta gagal meletakkan Arsenal di kedudukan lebih baik menjelang Oktober nanti, kariernya sebagai pengurus Gunners akan berakhir dan Conte berkemungkinan akan membawa era baru di Emirates.
Sumber: SPORTbible