Arsenal Mangsa Kelahiran Semula Everton

Arsenal menjadi mangsa kelahiran semula Everton untuk merasa kekalahan kedua di Premier League musim ini selepas Manchester United sebelum ini menjadi satu-satunya menewaskan mereka.

Kekalahan ini telah menyebabkan Arsenal terlepas peluang untuk menjarakkan diri 8 mata dengan Manchester City dan memberi Everton kemenangan keempat musim ini.

Segalanya tidak menjadi buat Everton yang kucar kacir lagi huru-hara dari segenap sudut sejak musim lalu namun berjaya untuk terus kekal di liga teratas Inggeris.

Selepas 20 perlawanan Everton hanya mengumpul 15 mata dengan 3 kemenangan dan 6 seri serta 11 kekalahan yang membawa kepada pemecatan Frank Lampard selepas bilik persalinan berpecah belah dan tidak mampu dikawal.

Everton berminat untuk mendapatkan Marcelo Bielse namun mahaguru itu sanggup untuk menerima gaji rendah jika diberika tugas mengendalikan pasukan remaja sahaja.

Sean Dyche yang menganggur sejak April lalu selepas dipecat Burnley yang bersamanya hampir sedekat dilantik menjadi penggantik Frank Lampard.

James Tarkowski merupakan penjaring gol tunggal perlawanan pada minit ke-60 melalui satu sundulan yang gagal dicabar pemain Arsenal berpunca dari sepakan penjuru Dwight McNeil.

Sean Dyche ketika dilantik menyatakan dia tiada serbuk magik untuk ditabur kepada pasukan yang gelap masa depan itu namun kemenangan ini memberi harapan kepada mereka untuk bersaing dan kekal di Premier League.

Bukan setakat mampu bersaing dengan Arsenal malah mengutip tiga mata menentang pendahulu sudah pasti mampu menjadi tonik buat Everton untuk bangkit.

Arteta, yang menjadi pengurus Arsenal pertama yang tewas tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut menentang The Toffees, merungut ketidakupayaan pasukannya menangani ancaman fizikal Everton, tetapi berharap ia akan bertindak sebagai pengajaran penting untuk baki musim ini.

“Kami mempunyai banyak bola dan kami menjana banyak peluang, tetapi kami tidak mempunyai gol dan kualiti itu pada sepertiga akhir,” katanya kepada BT Sport.

“Kemudian kami bolos dan mereka memperlahankan permainan dan kami bergelut.”

“Mereka melakukan ini kepada setiap pasukan. Fizikal mereka adalah kekuatan mereka. Jika anda mahu mengawal perlawanan menentang mereka, anda perlu mengawal ini. Kami tidak melakukannya.

“Kami memerlukan lebih ketenangan dan untuk mengawal permainan dengan lebih baik dari segi emosi. Kami memberikan begitu banyak sepakan percuma yang tidak perlu dan itulah yang mereka mahukan.

Disebalik kekalahan ini, Mikel Arteta bangga dan menyayangi para pemainnya yang disifatkan bermain lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini walaupun tewas.

“Hari ini saya menyayangi mereka lebih baik berbanding minggu sebelumnya atau sebulan yang lalu. Mudah untuk berada di sebelah seseorang apabila mereka menang dengan baik. Saya masih sangat berbangga dengan semua pemain ini, mereka berhak mendapatnya.

“Ini tidak akan menjadi laluan yang cerah. Ini akan menjadi rumit dan kami perlu menggali dan bermain dengan lebih baik daripada yang kami lakukan hari ini.”

Kesebelasan Utama Everton: Pickford, Coleman, Coady, Tarkowski, Mykolenko, Doucoure, Onana, Gueye, Iwobi, McNeil, Calvert-Lewin.

Pemain Simpanan: Begovic, Holgate, Gray, Mina, Maupay, Godfrey, Davies, Vinagre, Simms.

Kesebelasan Utama Arsenal: Ramsdale, White, Saliba, Gabriel, Zinchenko, Martinelli, Partey, Xhaka, Saka, Odegaard, Nketiah.

Pemain Simpanan: Turner, Tierney, Tomiyasu, Holding, Kiwior, Jorginho, Vieira, Trossard, Cozier-Duberry.

Baca Juga

Baca Juga