Arsenal Masih Mampu Menjuarai Liga – Arsene Wenger

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan pasukannya masih berpeluang untuk memenangi liga pada musim ini meskipun menghadapi permulaan yang berliku.

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis telah menghantar emel kepada semua staf dan pemain Arsenal selepas jendela perpindahan ditutup tempoh hari, menegaskan bahawa kelab London Timur tersebut adalah lebih kuat berbanding musim lalu.

Wenger yakin Arsenal bakal juara | Gambar : Mirror Football

Menyokong kenyataan Gazidis, Wenger juga percaya pasukannya dalam landasan yang tepat untuk memenangi liga.

Ketika ditanya wartawan mengenai peluang Arsenal, meskipun tewas dua kali pada musim ini, Wenger dengan penuh yakin tanpa berkelip menjawab, “Ya, aku rasa kami dah cukup kuat!”

Malah Wenger turut mengatakan bahawa mereka bertambah kuat berbanding musim lalu.

“Lebih kuat? Itu bergantung kepada tempoh mana dalam musim ni,” jawab Wenger.

“Kami mengalami tempoh yang berbeda-beda musim lallu. Jadi kami perlu menunjukkan bahawasanya kami adalah lebih kuat dengan berusaha bersama dan bangkit bersama.

“Musim lalu, kami berjaya mendapat 75 mata, menang Piala FA dan musim ini kami kena buat lebih baik!” kata Wenger sambil tangan kanannya membuat tumbukan padu ke udara.

“Kenapa Arsenal tak boleh menang liga? Hanya kerana kita baru bermain tiga perlawanan (tak termasuk kemenangan ke atas Bournemouth), dan dua perlawanan di tempat lawan.

“OK, kami kalah di Liverpool, tapi kami boleh bangkit dengan cepat.

“Ada pasukan yang baru jadi pilihan tu pun tak boleh nak saingi kami sekarang ni,” kata Wenger lagi penuh yakin.

Wenger juga turut menyatakan bahawa dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk kekal di Emirates, walaupun keputusan awal liga yang tidak seberapa memberikan sedikit tekanan kepadanya.

Sumber berita : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga