Arsenal Menggelupur Tawar Kontrak Baru Kepada Bintang Utama Mereka Yang Dirisik Liverpool

Share on facebook
Share on twitter

Sebaik mendengar yang Liverpool berminat untuk menandatangani Bukayo Saka, Arsenal dengan segera memulakan rundingan untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang muda mereka itu.

Kontrak Bukayo Saka bersama Arsenal akan tamat pada 2024 nanti namun Gunners tidak pernah terfikir untuk menawarkan kontrak baru kepadanya.

Walau bagaimanapun, sebaik mendengar yang Liverpool sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu, barulah Arsenal mula menggelupur mahu berunding kontrak baru.

Tindakan kelab jelas sekali tidak disenangi oleh para peminat dengan mereka merasakan Arsenal sepatutnya sudah menawarkan lanjutan kontrak lebih awal kepada Saka.

Bahkan legenda kelab, Sol Campbell sendiri turut memberi amaran kepada Arsenal supaya memastikan pemain-pemain muda mereka tidak dilepaskan.

Campbell percaya yang Arsenal terlalu ambil mudah dalam urusan menjaga pemain-pemain muda dan tidak pernah serik dengan kesilapan lampau mereka.

Bercakap kepada talkSPORT, legenda berusia 47 tahun itu menyatakan bahawa:

“Ketika kamu dapat pemain muda yang tampil dan menunjukkan potensi yang hebat, sangat bagus, kamu perlu lindungi mereka, kamu perlu jaga mereka.”

“Mereka merupakan pengaruh yang kuat untuk penyokong, untuk negara mereka, England dan paling penting untuk Arsenal.”

Campbell turut mendedahkan tentang kesan-kesan dari kesilapan Arsenal yang sering menangguhkan tawaran lanjutan kontrak kepada pemain.

“Kamu tak boleh biarkan kontrak pemain terbaik kamu tergantung dan menyebabkan mereka memilih untuk move on hanya kerana kamu mengambil masa yang terlalu lama.”

Jelas Campbell lagi.

“Hal ini sudah pernah berlaku sebelum ini tapi itu semua kerana tawaran lumayan, sangat lumayan, ambil masa yang terlalu lama untuk jaga kontrak mereka. Kenapa?”

Bekas pemain centre-back Gunners itu kemudiannya menyatakan:

“Ketika kelab mengambil masa yang terlalu lama untuk lindungi pemain masa hadapan sendiri, dan jika mereka perlu menunggu terlalu lama, mereka sudah tentu akan dapat tawaran lumayan dari kelab lain.”

“Kadang kala kamu boleh bersetuju dengan harga, tapi jika kamu tunggu enam bulan (untuk pastikan kontrak ditandatangani), harga dia sudah tentu akan lebih berbeza, ia mungkin lebih banyak.”

Dakwaan Campbell ada benarnya kerana Arsenal sepatutnya menjaga pemain-pemain muda ini supaya tidak disambar oleh pasukan lain.

Mereka memiliki perancangan yang menakjubkan untuk menaikkan skuad dengan menggunakan barisan pemain-pemain muda.

Bahkan mereka turut menandatangani pemain-pemain muda pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini sebagai projek utama kelab untuk membina skuad masa hadapan yang mantap.

Barisan pemain muda ini diharapkan akan mampu membantu kelab memenangi pelbagai kejuaraan dan kerana itulah pimpinan kelab memilih untuk membariskan pemain muda dalam skuad mereka pada ketika ini.

Saka merupakan salah seorang pemain terbaik Arsenal sejak kebelakangan ini dengan pemain kebangsaan England itu menjadi nadi utama untuk jentera serangan Gunners.

Saka telah berjaya menjaringkan enam gol dan turut mencatatkan empat assists dari 21 perlawanan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Saka telah melakukan debutnya untuk skuad Arsenal pada tahun 2019 yang lalu, dan beliau dengan segera berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Gunners.

Beliau telah membuat 109 penampilan untuk Arsenal setakat ini dan turut cemerlang menjaringkan 17 gol dan mencatatkan 25 assists sepanjang tempoh tersebut.

Melihat potensi yang beliau ada menyebabkan Liverpool sangat berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal itu.

Bahkan Bukayo Saka sendiri dilaporkan turut berminat untuk sertai Liverpool dan bersetuju untuk melengkapkan perpindahan ke Anfield.

Arsenal kini sedang dalam usaha mereka untuk melindungi Saka agar tidak meninggalkan kelab dengan menawarkan kontrak baru kepada bintang England itu.

Namun memandangkan kontrak Saka hanya berbaki dua tahun sahaja lagi, Arsenal jelas perlu bekerja lebih keras dalam memastikan bintang muda mereka itu tidak disambar kelab lain.

BACA:  Klopp Beri Bayangan Aktiviti Perpindahan Liverpool Masih Belum Berakhir
Share on facebook
Share on twitter