Arsenal Ni Antara Kelab Terbesar Dunia, Pemain Yang Berebut Ke Sini, Tanpa Perlu Kita Pujuk

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dengan yakinnya menegaskan bahawa Arsenal adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia. Oleh itu polisi perpindahan di Arsenal, mereka tak akan memujuk merayuh pemain untuk datang ke Arsenal.

Sebaliknya pemain yang berebut datang ke Arsenal kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang disokong di seluruh dunia itu.

Arsenal sekali lagi meraikan tahun tiada pasukan invincible dengan bergelut untuk menempatkan diri dalam top 4.

Arsenal mulai dikaitkan dengan bintang bintang ternama termasuk Ryan Fraser dan juga Willian di dalam perpindahan yang akan datang.

Selain daripada itu kontrak pemain utama mereka Pierre Emerick Aubameyang turut masih dibincangkan. Arsenal juga cuba untuk mengekalkan Dani Ceballos secara tetap selepas tempoh pinjaman beliau tamat.

Arteta yang tanpa pengaruh barang terlarang, memberitahu Ian Wright, sebagai coach sebuah kelab sebesar Arsenal, beliau tidak perlu untuk membuang masa banyak sangat untuk meyakinkan para pemain untuk datang ke Arsenal.

Cukuplah dengan pemain itu sendiri tahu hala tuju dan prestij pasukan berlogokan meriam itu.

Bercakap dalam satu sesi bersembang di media sosial sesama Arsenal, Arteta memberitahu Ian Wright: “Momen kita sebut je nama Arsenal, Ian, kau tahu kan apa makna Arsenal di mata dunia.”

“Semua orang nak datang ke sini dan kita ada idea yang jelas tentang siapa kita yang sebenar.”

“Ianya tak perlu ambil masa banyak untuk saya nak yakinkan mereka, kalau mereka nak berada di sini, ia satu permulaan yang bagus. Kalau saya terpaksa memujuk merayu pemain untuk datang ke sini dan kekal di sini, ke Arsenal????? Memang tak lah, itu akan membuang sedikit masa saya.”

“Ia sepatutnya kita terus melakukan apa yang kita harus lakukan. Saya nak bermain untuk kelab yang mewakili nilai permainan yang saya suka. Emosi macam ni saya nak dengar pada fasa awal.”

“Sama juga dengan pemain yang memang dan ada di sini.  Ini yang saya nak tengok.”

“Saya ada merasakan aura yang tidak sepatutnya di pusat latihan dan di dalam stadium. Saya sangat bernasib baik pernah bermain di sini, jadi semua orang kena ada perasaan itu dalam diri mereka.”

“Memula saya tiba, banyak lubang sana sini, dan saya nak satukan semua jadi satu.”

“Paling penting, semua orang tahu kenapa mereka berada di sini, dan baru kita jelas dengan hala tuju kita.”

Baca Juga

Baca Juga