Arsenal Sangat Berminat Mahu Mendapatkan Khidmat Gundogan Dari Man City

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat IIkay Gundogan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau turut berhasrat mahu memberi peranan baru kepada bintang Jerman itu dengan memainkan beliau di posisi penyerang.

Masa depan Gundogan bersama Manchester City masih belum terjamin pada ketika ini dengan pihak kelab masih belum memulakan rundingan untuk menyambung khidmatnya.

Beliau juga turut dikatakan berpotensi untuk meninggalkan Etihad pada jendela perpindahan musim panas ini kerana pihak kelab sepertinya tidak berminat untuk terus menggunakan khidmatnya.

Kontrak pemain berusia 31 tahun itu akan tamat pada musim panas akan datang dan selepas karier enam musim yang sangat gemilang itu, Gundogan dilaporkan sudah diberitahu oleh pihak kelab yang beliau boleh pergi pada musim panas ini andai beliau mahu.

Terdapat beberapa kelab yang tampil menyatakan minat mereka mahu mendapatkan pemain midfield itu, termasuklah Real Madrid.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Mikel Arteta sebenarnya sangat berminat mahu membawa pemain berpengalaman itu ke Emirates.

Bahkan, bekas pembantu pengurus Man City itu turut menawarkan peluang kepada Gundogan untuk bermain sebagai penyerang utama di Emirates nanti.

Arsenal sememangnya sedang memburu pemain penyerang pada ketika ini dek kerana mereka bakal kehilangan Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah pada musim panas ini.

Football.London turut menyokong keputusan Mikel Arteta itu dengan mereka mengimbas kembali aksi Gundogan pada musim 2020/21, yang mana beliau pada ketika itu cemerlang berperanan lebih kepada penyerang.

Gundogan pada ketika itu berjaya menjaringkan 13 gol dari 28 penampilan dalam saingan Premier League dan kualiti penyudah yang beliau tunjukkan mengejutkan ramai pihak.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sendiri turut sedar yang Gundogan mempunyai kemampuan untuk bermain di posisi serangan.

Ekoran dari aksi kemenangan 3-0 mereka menewaskan Tottenham Hotspur pada tahun lalu, Pep Guardiola pernah menjelaskan bahawa:

“Saya sudah kata banyak kali yang dia boleh bermain sebagai penyerang, seperti false nine, dan ramai orang ketawa.”

“Hari ini ia merupakan situasi jelas yang boleh berikan penalti dan selepas dia ada kualiti untuk jaringkan dua gol, kita nampak jelas tempo dia sudah sampai.”

“Dia sangat bagus pada ketika ini.”

Tambah Pep Guardiola lagi.

“Dia menang anugerah pemain terbaik bulanan. Jika dia kekal bermain seperti ini pada Februari, dia akan menang lagi anugerah itu.”

Ada kelab lain yang turut dikaitkan dengan bakal menandatangani IIkay Gundogan merupakan Juara saingan La Liga musim ini, Real Madrid.

Rumours mula tersebar pada minggu ini dengan ada laporan yang mengatakan bahawa Gundogan sudah pergi ke Sepanyol pada minggu ini untuk berunding dengan Real Madrid berkait hal perpindahan itu.

Walau bagaimanapun, isteri kepada IIkay Gundogan tampil menafikan dakwaan tersebut dengan menganggap suaminya tidak pernah melakukan hal itu.

Bahkan, Gundogan sebenarnya pada minggu lalu beliau baru berkahwin dengan pasangannya yang menyatakan:

“Tak pernah berada di Madrid.”

Tulis Benamira.

“Kadang kala bukan hanya hal berkait bola sepak yang perlu dirahsiakan.”

Selain Gundogan, Arsenal turut dilaporkan berminat mahu mendapatkan khidmat pemain penyerang Manchester City, Gabriel Jesus.

Tidak pasti sama ada Gunners mahu mendapatkan kedua-dua mereka atau salah seorang sahaja dari mereka pada musim panas ini.

Sangat berbaloi untuk Arsenal mendapatkan khidmat Gundogan kerana bintang Jerman itu bakal memberikan sesuatu yang kini tiada pada Arsenal.

The Gunners pada ketika ini dibarisi oleh barisan pemain muda dan mereka jelas sekali tidak mempunyai pemain berpengalaman yang boleh memimpin skuad.

Gundogan jelas sekali mempunyai ciri kepimpinan yang sangat tinggi dan beliau berpotensi untuk menjadi ketua yang sempurna di Emirates.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mikel Arteta Sedih Berita Palsu Kaitkannya Dengan Barcelona