Arsenal Terus Gayat Ketika City dan Newcastle Keciciran Mata

Arsenal menutup dan membuka tahun mereka dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang apabila terus gayat di puncak ketika Manchester City dan Newcastle United masing-masing keciciran mata.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta turun perlawanan terakhir tahun 2022 menentang Brighton yang sentiasa menyajikan kejutan kepada pasukan atasan.

Namun Arsenal tidak rela terkejut dengan pantas mendahului seawal minit kedua melalui Bukayo Saka sebelum Marin Odegaard menggandakan kedudukan pada minit ke-39.

Secara tepatnya Saka menjaringkan gol selepas 66 saat sepak mula. Gol tempat lawan terpaling pantas sejak Mei 2013 di mana Theo Walcott menjarikan gol selepas 20 saat perlawanan vs QPR.

Dua minit bersambung babak kedua, Edward Nketiah mengukuhkan kedudukan buat Arsenal dengan menjaringkan gol ketiga, trio serangan Arsenal masing-masing menjaringkan gol.

Brighton nyata tidak mahu mengalah apabila berjaya mengurangkan defisit pada minit ke-65 melalui Kaoru Mitoma. Gabriel Martinelli menjaringkan gol keempat Arsenal enam minit kemudian.

Evan Ferguson memberi gol semangat kepada Brighton pada minit ke-77 dan sepertinya tidak mahu memberi kemenangan selesa kepada Arsenal.

Pada minit ke-89 Kaoru Mitoma berjaya menjaringkan gol ketiga namun telah dibatalkan oleh VAR kerana offside dan terus membunuh perlawanan.

Kemenangan ini menggayatkan Arsenal dipuncak dengan 43 mata, berkelebihan 7 mata dihadapan pengejar terdekat Manchester City.

Brighton (4-2-3-1) : Sanchez; Lamptey, Dunk, Colwill, Estupinan; Gilmour, Gross; March, Lallana, Mitoma; Trossard.

Pemain Simpanan: Steele, Van Hecke, Veltman, Turns, Moran, Hinshelwood, Sarmiento, Enciso, Ferguson.

Arsenal (4-1-4-1) : Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Partey; Saka, Odegaard, Xhaka, Martinelli; Nketiah.

Pemain Simpanan: Turner, Tierney, Holding, Cedric, Tomiyasu, Vieira, Lokonga, Elneny, Marquinhos.

Pengadil: Anthony Taylor.

Jaringan Haaland Gagal Hadirkan Tiga Mata

Jaringan Erling Braut Haaland gagal menghadirkan tiga mata buat Manchester City yang keciciran mata dalam usaha mereka untuk merapatkan jarak mata dengan Arsenal.

Pep Guardiola turun dalam misi untuk mengekalkan jarak 5 mata dengan Arsenal namun sebaliknya terjadi malahan jarak mata kini telah menjadi tujuh.

Mesin gol berprestasi tinggi Manchester City, Erling Haaland membuka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas menyempurnakan umpanan Riyad Mahrez.

Haaland kini telah menjaringkan 21 gol dalam 15 perlawanan dan sudah mengatasi pemenang kasut emas bagi musim 97/98, 98/99, 06/07, 08/09 dan 10/11.

Menguasai 74 peratus penguasaan bola dan melakukan 16 percubaan sepanjang perlawanan namun City hanya berjaya menghadirkan 3 percubaan tepat sahaja.

Everton pula hanya berjaya melakukan dua percubaan dan satu-satunya percubaan tepat adalah gol jaringan Demarai Gray pada minit ke-64.

Tapi gol Demarai Gray ini sungguh gila bermula dari larian solo selepas menerima hantaran Idrissa Gueye, Gray berjaya masuk ke kotak kemudian berhenti.

Gray seperti pening tidak tahu mahu melakukan apa-apa berpusing dan cuba memotong ke tengah dan sedikit tergelincir lalu melencongkan bola ke sudut kanan.

Manuel Akanji mudah terpedaya dengan gerakan Gray yang mengelirukan semua termasuk dirinya sendiri. Ederson tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.

Keputusan seri tanpa jaringan Newcastle United menentang Leeds United memberi sedikit kelegaan kepada City yang kurang satu perlawanan berbanding Newcastle.

Manchester City: Ederson, Lewis, Stones, Akanji, Ake, Rodri, Silva, De Bruyne, Mahrez, Haaland, Grealish.

Pemain Simpanan: Ortega, Walker, Phillips, Cancelo, Gundogan, Alvarez, Gomez, Foden, Palmer.

Everton: Pickford, Patterson, Mykolenko, Godfrey, Coady, Tarkowski, Gueye, Onana, Iwobi, Gray, Calvert-Lewin.

Pemain Simpanan: Begovic, Holgate, Keane, McNeil, Doucoure, Maupay, Coleman, Vinagre, Davies.

BACA:  Jurgen Klopp Kibar Bendera Putih