Arsenal Terus Unggul Dengan Kelebihan 5 Mata Untuk Gelaran Juara

Disebalik kehangatan Piala FA yang berlangsung dipertengahan minggu, Premier League meneruskan saingan di mana Arsenal sekali lagi bertemu pasukan penuh bermasalah Everton.

Everton merupakan pasukan kedua menewaskan Arsenal musim ini selepas Manchester United sebelum Manchester City menjadi pasukan ketiga, pastinya tiga mata dimahukan oleh Mikel Arteta dan pemainnya.

Selepas 40 minit permainan berlangsung barulah Arsenal berjaya membuka tirai jaringan melalui Bukayo Saka yang menyempurnakan lorongan cantik Oleksandr Zinchenko.

Bukayo Saka tenang mengawal bola dengan satu turn cantik menolak bola sebelum melepaskan rembatan deras kaki kanan yang menghentam palang dan bola menerjah ke gawang.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama Gabriel Martinelli telah menggandakan kedudukan kali ini Bukayo Saka mencetak nama selaku pencipta bantuan gol.

Video Assistant Referee (VAR) melakukan penilaian kepada gol itu sebelum disahkan kerana ada unsur ofsaid ketika jaringan itu tercipta.

Perlawanan antara Arsenal dan Everton ini tidaklah menarik dan seimbang dari dari percubaan untuk 45 minit pertama walaupun Arsenal menguasai 66 peratus perlawanan.

Dua percubaan tepat dari Arsenal dari tiga percubaan berjaya dijelmakan sebagai dua jaringan manakala dengan statistik yang sama Everton gagal menghadirkan gol.

Dua gol ternyata tidak cukup untuk Arsenal yang menjaringkan gol ketiga pada minit ke-71 melalui rembatan deras jarak dekat Martin Odegaard menyempurnakan umpanan Leandro Trossard.

Pada minit ke-80, Gabriel Martinelli menjaringkan gol keempat dan gol kedua peribadi menyudahkan hantaran Eddie Nketiah.

Kemenangan ini kembali menjarakkan kedudukkan mata Arsenal dengan Manchester City kepada 5 mata dengan jumlah perlawanan yang sama dengan 13 permainan berbaki.

Kesebelasan Utama Arsenal: Ramsdale, White, Saliba, Gabriel, Zinchenko, Xhaka, Jorginho, Odegaard, Saka, Martinelli, Trossard.

Pemain Simpanan: Turner, Tierney, Tomiyasu, Holding, Kiwior, Partey, Vieira, Smith Rowe, Nketiah.

Kesebelasan Utama Everton: Pickford, Mykolenko, Keane, Tarkowski, Coleman, Gueye, Doucoure, Onana, Iwobi, McNeil, Maupay

Pemain Simpanan: Begovic, Holgate, Mina, Godfrey, Coady, Vinagre, Davies, Gray, Simms.

BACA:  Premier League 2020/21: Liverpool 0-2 Everton