Arsenal Umum Unai Emery Sebagai Pengurus Baru

Arsenal membuat pengumunan rasmi dengan melantik bekas pengurus Paris Saint-Germain, Unai Emery sebagai pengurus pasukan yang baru bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Arsene Wenger.

Pengumuman ini telah dibuat Arsenal melalui laman sesawang rasmi Arsenal dan dihebahkan melalui saluran media sosial. Emery meninggalkan PSG awal bulan ini selepas membimbing pasukan tersebut memenangi treble musim ini.

Emery dilaporkan berada di London pada Isnin lalu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak atasan Arsenal bagi mengisi jawatan pengurus pasukan di Emirates.

Walaupun pengurus berusia 46 tahun itu membimbing PSG memenangi treble musim ini, kontrak beliau tidak disambung pemilik PSG kerana kegagalan beliau membimbing PSG mara lebih jauh dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Calon yang tidak disangka-sangka. Emery memiliki CV yang bagus dan mampu menaikkan Arsenal kembali ke tahap tertinggi

Tempat Emery telah digantikan oleh bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel.

Sumber tersebut turut melaporkan hanya Emery seorang sahaja telah ditawarkan untuk peluang untuk menggantikan tempat Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal.

Sebelum ini, bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta dikatakan calon pilihan untuk mengisi jawatan tersebut tetapi beliau menarik diri pada saat akhir Isnin lalu.

Beliau dilaporkan mahu lebih jaminan dalam menentukan polisi perpindahan pemain di Arsenal sebelum bersetuju untuk menjadi ketua jurulatih.

Emery tiba di London pada hari Isnin dan dilantik menjadi pengurus Arsenal pada hari Selasa. Laju betul buat kerja

Arteta yang kini bekerja sebagai pembantu kepada Pep Guardiola di Manchester City turut mahu lebih kuasa dalam menentukan pemain mana yang akan dijual bagi mendapatkan lebih banyak dana.

Dana yang bakal diberikan Arsenal kepada pengurus baru dilaporkan hanya berjumlah £50juta sahaja dan pemain sedia ada perlu dijual jika mahu tambahan dana.

Arteta dilaporkan gembira untuk terus kekal dalam barisan kejurulatihan Pep Guardiola jika permintaan beliau tidak dapat dipenuhi Arsenal.

Bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique juga mahu jaminan yang sama ketika mengadakan perbincangan untuk menjadi pengurus Arsenal yang baru.

Sebelum ini enganalisa bolasepak Sky Sports, Guillem Balague berkata beliau menerima maklumat Unai Emery berada di London kelmarin untuk mengadakan perbincangan dengan Arsenal.

Tetapi kini semua sudah sah, Unai dan Arsenal mengijat ikatan yabg sah dengan sekali lafaz.

Faktor utama penolakan Arteta adalah kerana beliau mahu lebih banyak kuasa dalam menentukan polisi perpindahan pemain Arsenal

“Saya mendapat maklumat Unai Emery kini berada di London untuk mengadakan perbincangan dengan Arsenal. Perkara ini berlaku kerana Emery merupakan calon yang tiada sebarang ikatan kontrak, calon yang bagus, dan mahukan kerja tersebut.”

“Kita sedang bercakap mengenai pengurus yang telah melakukan kerja yang bagus dalam kariernya terutama ketika menguruskan Sevilla.”

“Beliau juga telah dinamakan sebagai pengurus terbaik di Perancis minggu lalu atas kerja cemerlangnya bersama Paris Saint-Germain.”

Baca Juga

Baca Juga