Arsene Wenger : Aku Akan Tetap Mengurus Lagi Musim Depan

Arsene Wenger mendapat kritikan pedas dari peminat dan juga bekas pemain selepas kekalah besar selepas aksi hambar menentang Bayern Munich tempoh hari. Elok lah engkau berhenti mengurus sambil laungan hashtag #WengerOut

Fokus dengan pertanyaan wartawan

Ketika ditanya wartawan. “Tuan Wenger, bila nak berhenti mengurus Arsenal? Tuan takde rasa malu ke?”

Wenger dengan tenang berkata “Kecik besau kecik besau aku tengok engkau ni. Tenang, Mac atau April nanti baru aku umumkan. Aku akan tetap mengurus sebuah pasukan sama ada di Arsenal atau di tempat lain, sambil menghirup secangkir kopi sebanyak empat kali. Diletakkannya kembali cawan tersebut di tempat asal dengan teliti.”

Tertib kelakuannya di hadapan wartawan.

Kontrak Wenger akan berakhir musim ini dan akan mula menandatangani perjanjian baru pada Mac atau April.

Kritikan

Arsene. Terima kasih untuk semua memori terindah. Tapi inilah waktu yang sesuai untuk ucapkan selamat tinggal.

Aku sudah biasa dengan kritikan. Dalam hidup ni aku dah buat yang terbaik dan kritikan dari luar itu adalah asam garam kehidupan. Aku telah bekerja di Asernal seperti esok mahu mati dan hidup seribu tahun lagi.

Mulut mereka ibarat tempayan. Aku tidak boleh tutup satu persatu dan aku telah mengurus Arsenal selama 21 tahun sejak 1996. Biarkan.

Petikan Temubual Wenger

“Sekalipun aku pergi, Arsenal tidak akan menang setiap perlawanan. Sama seperti aku sekarang. Tapi mereka-mereka harus ingat! setibanya aku di sini Arsenal telah memenangi lima kali dalam Piala Eropah”

“Apa yang penting adalah kerjasama & kelab harus membuat keputusan yang tepat pada masa akan datang. Arsenal ini rumah kedua aku.”

Wartawan : “Tuan Wenger, Arsenal adalah kelab yang paling konsisten di Liga Inggeris yang layak ke Liga Juara-Juara setiap tahun dan tidak pula pernah juara. Kenapa ya? Boleh kami tahu rahsianya?”

Arsene Wenger cuma diam & tertunduk. Sambil menyeluk poket yang berzip. Mengeluarkan smartphone dan menunjukkan video musik “Kasih Tidak Kesampaian”

Usai wartawan mendengar video klip tersebut, Wenger terus beredar.

Bekas Pemain

Martin Keown & Lee Dixon

Martin Keown (kapten) menyifatkan kekalahan itu sebagai “titik terendah” Wenger dalam mengurus Arsenal.

Lee Dixon (pertahanan) berkata: “Pemain tidak memberi fokus dah mengabaikan kata-kata Wenger. Ini perkara yang jelik bagi pemain muda zaman sekarang.”

Piala & Kemenangan

Seperti kita maklum, penyokong Arsenal adalah penyokong yang paling banyak mendap, pura-pura offline di Whatsapp ketika pasukan mereka kalah. Ada kalanya mereka beredar awal tanpa menghabiskan minuman di Restoran Fariz Maju.

Mungkin penyokong muda ini lupa Arsenal dari kelab miskin menjadi kelab kaya ketika tibanya Wenger sejak tahun 1996. Sehingga jualan baju sejuk beku bertingkat laku keras tanpa melakukan pengiklanan menggunakan FBads.

Liga Premier (3) : 1997-98, 2001-02, 2003-04
Piala FA (6) : 1997-98, 2001-02, 2002-03, 2004-05, 2013-14, 2014-15
Community Shield (6) : 1998, 1999, 2002, 2004, 2014, 2015

Baju Sejuk

Wenger yang sedang memerhati formasi 4-1-2-1-2 pemain-pemainnya.

Baca Juga

Baca Juga