Arsene Wenger Menghamburkan Pujian Menggunung Kepada Salah Dan Mane

Arsene Wenger menghamburkan pujian menggunung kepada Mohamed Salah dan Sadio Mane atas persembahan luar biasa menakjubkan mereka membantu Liverpool menewaskan Villarreal untuk ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Liverpool berjaya menundukkan Villarreal 3-2 (aggregate 5-2) untuk mara ke perlawanan akhir saingan Champions League awal pagi tadi.

​Skuad kendalian Jurgen Klopp itu awalnya ketinggalan 2-0 namun mereka berjaya bangkit pada aksi babak kedua permainan untuk mencatatkan kemenangan 3-2 dalam aksi yang dilangsungkan di Estadio de La Ceremica.

​Fabinho dan Luis Diaz menyamakan kedudukan untuk bangkit dari ketinggalan 2-0 dengan kedua-dua mereka jelas sekali menjadi pencetus kebangkitan The Reds.

Pemain kebangsaan Senegal, Sadio Mane kemudiannya meledak gol ketiga untuk Liverpool dalam perlawanan ini seterusnya membantu beliau untuk memecah rekod sebagai penjaring terbanyak (pemain dari Afrika) di pusingan kalah mati saingan Champions League (15 gol).

Persembahan mantap Sadio Mane bersama Mohamed Salah di Sepanyol telah mendapat pujian yang menggunung dari Arsene Wenger.

Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal itu memuji Salah dan Mane dan mengagumi usaha yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain itu.

Beliau teruja Salah dan Mane masih kekal memberikan usaha yang terbaik sejak dari aksi kedua-dua mereka di pentas AFCON lagi.

“Lihat pada Salah dan Mane. Apa yang telah mereka lakukan sejak perlawanan akhir AFCON adalah satu hal yang sungguh luar biasa.”

Jelasnya di studio beIN SPORTS.

“Malam ini Mane berada di mana-mana di seluruh padang dan dia langsung tak cakap apa-apa.”

Liverpool selepas ini akan turun bertemu pemenang perlawanan antara Manchester City atau Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Mohamed Salah telah mendedahkan yang beliau sebenarnya lebih memilih untuk berdepan Real Madrid berbanding Manchester City di pentas perlawanan akhir.

“Saya mahu bermain bertemu Madrid, saya perlu jujur.”

Jelas Salah kepada BT Sport.

“Manchester City merupakan lawan yang sukar, kami sudah bermain dengan mereka beberapa kali musim ini.”

“Jika kamu tanya saya secara peribadi, saya lebih memilih Madrid. Kami kalah dalam perlawanan akhir bertemu mereka, saya mahu bermain dengan mereka dan saya harap kami menang.”

Harapan Liverpool mahu memenangi gelaran quadruple masih hidup dengan mereka baru sahaja mengesahkan perlawanan akhir kedua mereka selepas bergelar Juara saingan Carabao Cup.

Liverpool selain beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League mereka juga sudah berjaya layak ke pentas perlawanan akhir saingan FA Cup.

Salah dan Mane jelas sekali merupakan nadi penting untuk skuad kendalian Jurgen Klopp dengan The Reds sangat berharap kedua-dua mereka akan membantu kelab untuk memenangi gelaran quadruple musim ini.

Liverpool akan turun bertemu Chelsea di pentas perlawanan akhir saingan FA Cup dan mereka kemudiannya akan turun bertemu antara Real Madrid atau City di pentas Champions League.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga sedang bersaing rapat dengan Man City untuk memburu gelaran Premier League dengan mereka kini hanya satu mata sahaja di belakang pendahulu liga itu.

Seandainya mereka konsisten menang baki semua perlawanan liga dan Man City keciciran mata dari mana-mana baki perlawanan mereka, maka skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan sah bergelar Juara.

Mereka sangat berpotensi untuk mencapai kejayaan memenangi gelaran quadruple namun mereka jelas sekali tak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam semua perlawanan yang akan datang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mo Salah Terlalu Handal Untuk Dibandingkan Dengan Mana-Mana Pemain Musim Ini