Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menyatakan pandangan beliau mengenai situasi politik di Catalonia yang bakal menyaksikan Barcelona tidak akan dapat beraksi di La Liga jika tuntutan kemerdekaan Catalonia menjadi kenyataan.
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu kuga mengakui kelab Catalan itu terpaksa mencari liga baru jika Catalonia berjaya memerdekakan wilayah mereka dari Sepanyol dan mewujudkan satu negara baru.
Maka Premier League antara liga yang disebut bakal menjadi liga baru buat pasukan Barcelona selain Ligue 1. Situasi di Sepanyol itu membuatkan Wenger teruja untuk memahami isu sebenar.
“Aku akan cuba belajar mengenai Catalan.”
Wenger ketika ditanya mengenai penyertaan Barcelona bersama Arsenal yang mungkin akan di belasah pasukan dari Sepanyol itu mengakui perkara ini satu prospek yang menarik namun bagi Wenger masih wujud keraguan bahawa perkara ini akan berlaku.
“Jika Barcelona mahu menyertai Premier League, ini akan memberi kesusahan kepada semua orang. Tapi aku fikir mereka tidak akan bertindak sejauh ini.
“Tapi perkara ini sangat menarik dan akan wujud insiden dan konflik membabitkan bidang sukan kerana Barcelona ini tergolong dalam kelab yang ada kaitan dengan politik secara terus.
Pengurus berbangsa Perancis itu juga berkata walaupun perkara ini menarik namun dua pasukan Scottish iaitu Celtic dan Rangers wajib dijemput terlebih dahulu.
“Perkara ini juga akan jadi lebih menarik untuk melihat reaksi dari pasukan championship.
“Sekarang kami dah cukup 20 kelab, jika nak tambah jadi 24 pasukan, kita harus jemput kelab Scottish iaiu Celtics dan Ranger sebelum gatal nak ajak Barcelona join” Ujar Wenger sambil menghembus asap rokok yang membentuk perkataan beserta hashtag #COYG.
Untuk rekod sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Celtic dan Rangers sentiasa membuat permohonan untuk masuk ke Premier League dan sanggup menyeberangi sempadan untuk beraksi di liga paling kompetitif di dunia yang fana ini.
Tetapi semua permohanan Celtic dan Rangers telah ditolak dan tidak mendapat reaksi positif dari kelab yang bermain Premier League. Mungkin jika Barcelona mahu menyertai lain pula ceritanya.
Jika benar Barcelona hendak menyertai maka semua kelab Premier League perlu mengundi samada mereka diterima atau tidak. Jika diterima mereka tidak dapat bermain di Champions League pada musim pertama dan harus layak melalui liga baru yang disertai.
Penerimaan Barcelona juga seperti kata Wenger akan mewujudkan konflik dengan berlakunya pertambahan pasukan di Premier League. Jika ini berlaku sudah pasti pasukan Championship tidak akan berpuas hati.