Arsene Wenger Sekali Lagi Kritik Keputusan Pengadil

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu beliau akan melawan tuduhan yang dikenakan ke atasnya oleh FA England atas kesalahan salah laku. Beliau juga sekali lagi lantang mengkritik pengadil selepas pasukan bimbingannya seri 1-1 menentang Chelsea awal pagi tadi.

Wenger sebelum ini telah dikenakan dakwaan salah laku oleh FA selepas beliau mengkritik keputusan pengadil, Mike Dean ketika pasukannya seri menentang West Brom Ahad lepas.

Hazard meraung kesakitan

Beliau sekali lagi tidak gembira dengan keputusan pengadil memberikan penalti kepada Chelsea ekoran kekasaran Hector Bellerin kepada Eden Hazard dalam kotak pengadil. Wenger menggelar keputusan tersebut sebagai satu keputusan yang tidak masuk akal.

Wenger ketika bercakap kepada pihak media selepas tamat perlawanan Chelsea berkata beliau akan melawan pertuduhan yang dijatuhkan kepadanya.

“Saya 100% akan melawan pertuduhan tersebut. Kamu boleh dengar setiap temuramah saya sebelum ini. Saya kekal dengan apa yang pernah saya ucapkan, tanpa sebarang masalah.”

“Apa yang saya kesalkan adalah kami merupakan pasukan pertama yang menjaringkan gol dan selepas itu kami terpaksa menelan satu keputusan yang tidak masuk akal dari pengadil.”

Hazard tenang menewaskan Cech yang masih lagi menyelamatkan mana-mana penalti sejak bergelar pemain Arsenal

“Sejak dari awal musim lagi kami terpaksa berdepan dengan keputusan sebegini. Saya melabelkan keputusan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana jika anda menganggap itu sebagai satu kesalahan, satu perlawanan akan ada 10 penalti.”

Pengurus berasal dari Perancis ini mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk memberi maklum balas kepada pihak FA berhubung pertuduhan tersebut. Wenger didakwa kerana cuba memasuki bilik persalinan pengadil bagi mendapatkan penjelasan dari Mike Dean berhubung penalti yang diberikannya ekoran bola terkena tangan Calum Chambers dalam kotak penalti.

Terbaru, Wenger sekali lagi menujukan kemarahan beliau kepada pengadil perlawanan semalam, Anthony Taylor yang menghadiahkan penalti kepada Chelsea ekoran kekasaran terhadap Eden Hazard oleh Hector Bellerin.

Bellerin berkata sejurus tamat perlawanan yang beliau dan Hazard menyentuh bola pada masa yang sama dan segala-galanya berlaku dengan pantas.

Bellerin menebus kesilapan beliau dengan jaringan penyamaan saat akhir

Hazard menyempurnakan penalti tersebut dan Arsenal kehilangan gol pendahuluan yang dijaringkan Jack Wilshere sebelum itu. Marcos Alonso berjaya menghukum barisan pertahanan Arsenal selepas itu untuk Chelsea mendahului perlawanan seketika.

Mujur buat Arsenal kerana Bellerin berjaya menebus kesilapan beliau memberikan penalti dengan jaringan menarik pada waktu kecederaan untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2. Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

BACA:  Sterling: Pihak Media Tidak Pukul Sama Rata, Cenderung 'Serang' Pemain Kulit Hitam